December 30, 2011

#151: E.N.D


Assalamualaikum...I know its too early to conclude my 2011. there still one day left! but hey, im going for outstation for the next three days. so i want to update it today. the last entry of this year. Its one hell of a year. yes it is. My life been up and down this year. i learnt lots of thing. but yet, my so-called-AZAM still in debt.  pui!


This year, I learnt sometimes friends are the family you have. Through the first semester of this year I've been through a lot of probs. Its hard to be a leader of your friends. Especially when you are inexperience. You have to make difficult decisions, you have to order them, you have to be responsible for everything and yet you have to be careful so that nothing personal between the job and friendship. Its damn hard but  I somehow was able made through it with their help. Through the hardship, the bond become stronger. From friendship, it feels more like a family. 

 

This year I learnt what makes a man truly a man between the men. i don't know how to describe it. There's been a few accident but i like the picture above the most. Its my first slaughter. I know I've been such a sissy but hey, at least I've done it rite? Its not the experience that make a man a real man between the men. I dont know what it is. Its something indescribable . But i know its there. #WTH im Talking About?



This year i learnt what makes a good teacher and what makes people will remember us. I lost a good mentor, tutor, lecturer and a caretaker. She gave a lot a support, made a lot of sacrifice and been a helper for 2 and half year-since the beginning i guess. That makes me wonder, do i have everything to be like her, am i able to do what she do, can i be like her. its makes me wonder. Anyway, I hope to see her again when i had my success. And i wonder who will take her place in 2012. 

Just want to put here. it seems funny. masculine likely. #LOL

This year been such a journey of hardship and pain but it comes with the joy and the experience. Thank you Allah for giving me the strength to overcome all the test you been giving me. Thank you Allah for everything. May next year you set me the best for me and the people around me so that i and them become a better human.... Amin.







btw...This year also I was h-broken. trice. by the same women.

December 29, 2011

Melayu dan Drama

Habis je Tentang Dhia tadi aku terus masuk bilik. bukan nak menangis la.... lelaki mask-u-lin macam aku susah nak menangis, kecuali menguap. selalu keluar air mata. aku masuk bilik sebab aku nak tengok apa yang manusia tulis dalam Facebook... macam Deja-vu, tekaan aku tepat. ramai yang dah tulis. ada yang tak puas hati tulis sampai dua dalam masa sepuluh minit. dua-dua pasal drama melayu tu. ada seorang kawan aku pulak, die update setiap kali iklan. macam pengulas rancangan bola dah. hebat2~~


Aku tulis sebab dipengaruhi....~


Aku pun tak tau apa yang menakjubkan tentang drama petang-petang ni. plot kali ni still epik. Mak mentua giler harta+jahat geng dengan adik ipar jahat lawan dengan heroin baik and so on... takda yang baru. aku pun tak tau nape penulis srip mesti buat plot macam tu. jahat sangat ke mak mentua yang kaya raya ni? aku pun tak tau. sebab aku tak kawin lagi. yang pasti sapa yang bakal jadi menantu mak aku tak perlu risau. mak aku baik. aku ulang, mak aku baik. #LOL




Ini Zikir. Baik dan penyayang.



Ini Jai. Diorang bukan orang yang sama! Zikir baik! #TROLL

:
:
:

"Jangan Cintakan Saya Lebih Dari Allah"



December 28, 2011

Drama Korea Still Lose....

dalam cuti ni aku banyak habiskan waktu malam aku dekat depan tv. start daripada lepas Magrib aku tolong mak aku tengok Tentang Dhia. Drama melayu,,, tak habis-habis pasal mak mentua dengan menantu. jahat sangat ke mak mentua kaya-raya ni? aku pun tak tau.

tapi drama melayu tak dapat nak lawan drama korea yang tengah hotstuff macam cendawan goreng di Cameron Highland. tambah tengah cuti-cuti ni. aku pun sedikit sebanyak terjebak. namun disebabkan waktu malam aku dihabiskan depan tv. aku banyak tengok drama English. 1 yang menarik perhatian aku ialah Teen Wolf. 

ye aku noobie. baru nak tengok citer Teen Wolf. sori. aku tak langgan channel Astro yang mahal banyak-banyak. mak aku suruh aku beli tv sendiri baru die subscribe. tadi baru episod ke 3 or 4 kat AXN. best jugak rupanya. ntah macam mane benda ni buat aku teringat cerita-cerita genre remaja magik-magik ni dari aku kecik.

dulu remaja zaman aku tengok Sabrina The Teenage Witch. dalam citer ni ada kucing hitam. dulu aku memang fikir macam-macam bile nampak kucing hitam. kemudian ada citer Charmed-3 awek hot yang power sihir yang telah mengsihirkan aku untuk tengok tv. sampai sekrang aku masih angau dengan awek name Phoebe. 

Phoebe yang kiri sekali. #blushing~~~

tapi tu dulu. sekarang ni taste dah berubah. witch ni tak best dah. yang best sekarang sume pakwe hot+jambu+boleh tukar jadi macam-macam. masuk kat maktab aku telah didedahkan dengan cerita Vampire Diaries. cerita dia ala-ala Twilight atau Twilight ala-ala die aku pun takpasti---awek manusia bercinta dengan vampire jantan hot! damn. Nina Dobrev telah kurangkan sikit angau aku kat Phoebe. aku tak penah miss 1 episode lagi setakat ni. download habis citer tu. dan yang baru aku ketagih dalam cuti ni-Teen Wolf. pakwe muke jambu boleh tukar jadi serigala jadian yang berbulu. dan ada yang kata True Blood lagi best. ntah.

jangan tengok lama-lama Nina Dobrev aku. tampo kang.


ok. nampak tak persamaan dalam trend zaman sekarang.? semua hero yang pelik-pelik mesti hot. dulu vampire muke pucat pakai kot kolar tinggi, taring berdarah plus mata merah. sekrang sume nak hot. vampire hot, serigala jadian hot dan loser pun nak hot. habis yang tak hot? forever alone?????~ so aku ingin berpesan kepada gadis-gadis diluar sana. check dulu latar belakang lelaki hot yang korang nak dating.







p/s: kalo diorang boleh jadi werewolf or vampire. aku suggest baik korang pilih vampire k? sebab diorang tak  bertukar menjadi berbulu. 



December 21, 2011

Playboy,Perempuan dan Posmen.

kenapa ada orang panggil aku playboy? 
kat sekolah menengah dulu ko playboy ke? 
ko ni rupenye banyak awek dulu kan? "

hari ni masuk orang ke 6 tanye aku pasal benda yang sama. aku tak tau la la kowt2 aku ni berstatus artis atau ramai bebenor yang caring pasal aku sebab ramai pulak yang baca komen2 status aku tu. kalau yang tanya tu kawan yang tak rapat/ tak kenal aku tak kisah sangat. ni kawan-kawan rapat, classmate n etc...

kali ni biar aku jelaskan.


bagaimana ia bermula.

bagaimana ramai yang tahu.

macam poyo pun ada. tpi aku kisah apa. 

ni aku nak cerita. aku bukan playboy. aku single. aku available sem 6. kenapa sem 6? suke hati aku. benda playboy ni aku dapat masa sekolah asrama aku dulu. Dulu aku jadi posmen sepenuh-masa-kelas-prep. dulu orang kapel kat sekolah asrama pakai bagi note aku yang hantar. dulu orang nak bagi hadiah aku yang hantar.  dulu bile ada masalah aku yang jadi orang tengah. ya memang poyo. cukup poyo. 

bile aku nak amik/hantar note/surat/hadiah tersebut, memang aku akan sembang kadang-kadang gosip macam wartawan . kenapa? sebab aku mesra pelanggan. dalam kelas kadang-kadang aku perli diorang yang kapel. sebab aku mesra pelanggan.

dalam mata lelaki diorang nampak aku rapat dengan perempuan. sebab diorang tak nampak keje aku yang sibuk dan penting dalam mendirikan masjid. dan sebab tu lah diorang panggil aku playboy. nama playboy tu yang wujud dalam nickname aku KEBOY. kawan punya pasai aku tak kisah. dan nama tu melekat pada aku samapai akhir hayat agaknya. 

tak percaya? nah tengok. penghargaan kepada aku.

poyo. aku tau memang cukup poyo.


yang kenal aku tau yang ni bukan tulisan aku dan takkan mampu menulis macam tu. dan aku takda sebab untuk menipu. kalo tak percaya jangan kawan aku. pergi main jauh-jauh.







"Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots ."

-copy Izyan Ariffin-



December 19, 2011

Cinta Sampai Ke Jannah

Mula-mula aku tengok ada la dalam 3 orang orang share video ni. aku buat tak tau. tapi hari ni. dah dekat 30 orang share. aku muak. aku curious. aku tekan. aku tengok. aku terfikir.

entah nape aku tak boleh embed  video tu kat sini tapi klik SINI kalo nak tengok.

The Conflict 

 The Guy's Proposed

The Girl is Touched

The Acceptance

aku memang terharu. aku jarang terharu woi. perempuan yang dikenali sebagai Dena ni juz 19 and die dah bertunang atas keberkatan Allah. sebagai remaja yang hidup dalam zaman serba moden ni, memang aku tak boleh nafikan yang memang persepsi manusia akan kata pelik dan abnormal jika kita tak bercinta, berkapel, berkenalan sebelum kawin. 

dulu aku yakin ramai fikir kawin yang ditentukan keluarga kolot. dulu aku tak pernah fikir untuk mencari cinta yang mampu dibawa ke syurga.  apatah lagi orang yang kita kahwini tu tak kenal dan berada pada usia muda. mungkin ini pengaruh filem. pengaruh sekeliling. bukan mudah untuk memilih teman hidup pada usia 19. pada usia macam ni ramai yang fikir nak study, bercinta, enjoy hidup dulu... tapi dia dah memilih teman hidup.

tapi perempuan ni telah mengubah persepsi aku. mungkin bukan aku sahaja. sesiapa sahaja yang tengok video dia. mungkin selepas ini ramai yang mahukan ibu mereka untuk menetapkan jodoh. tapi tak bermaksud tak boleh memilih. dan ada 1 ayat yang betul-betul aku suka.

(^^)


"Semoga berbahagia! kome berdua"







p/s: baru ingat nak proposed macam ni. dah ada yang buat. hancur plan aku.... chewahhh~LOL.

December 15, 2011

Lumrah Lelaki dan Perempuan


=='



baru ni aku ada sembang dengan sorang kawan aku yang bernama Bront Palarae(bukan nama sebenar) yang telah mengalami situasi diatas...die tanya aku. aku sendiri pun tak faham kenapa. kenapa dua-dua perlu jadi begitu bangang nak gadoh atas benda kecik...ni masih kapel, belum kawin lagi...

bagi aku la,,, sebagai laki atau sebagai seorang perempuan kita harus menerima yang memang lumrah manusia  suka akan keindahan dan kecantikan dan manusia cemburu dengan jika mereka terasa terancam. seorang Hawa lebih sensetif. 

oleh itu, aku ingin berpesan kepada diri sendiri dengan kapel-kapel diluar sana. jangan jadi bangang kalau nak kapel.tak perlu la nak drama-drama murah. kalau dah suka artis tu bukan boleh buat kawin pun. tak payah gaduh. rasional sikit!




December 9, 2011

Cikgu Shida mengalahkan Anwar Ibrahim?

Pagi ini ada orang share link pasal Google Malaysia Top Search 2011. List ini telah disiarkan dalam The Sun Daily. Kira list ni untuk hotstuff-hotstuff dalam tahun 2011 la... tapi dalam gua duk belek-belek, nampak 1 peristiwa yang ajaib lagi menakjubkan..



#TROLlOL


cikgu shida top5 kowt!!!! kalah Anwar Ibrahim yang tiptop dalam dunia politik. Najwa Latiff yang masuk final Muzik Muzik pon tak masuk dalam list. macam Walaupun aku tak minat sangat politik-politik ni, tapi gua syak ini mungkin senjata rahsia BN bagi PRU yang akan datang. Amacam Datuk Seri? #TROLLOL~


















p/: ni gurauan semata-mata, kalau fanatik sangat jangan marah tahap dewa kat gua. salahkan Google. :P

December 7, 2011

Silap Botak.

aku dah mula hilang idea dan minat nak tulis entry sejak kebelakangan ni. mungkin dapat new toys kowt. jarang meluangkan masa dengan internet. baru je balik dari cameron highlands. lawat adik ipar nenek aku kat sana. bunyi lawak, tapi betoi.

badan agak letih, and idea kering. aku tengok movie yang aku sempat collect dari bakal guru sebaya aku. Fast Furious 5. gambar BDdrip punya.  felling  punye makan strawberi sejuk sorang-sorang dalam bilik. tetibe dapat idea bodoh bangang aku muncul. Fuuubook!

Fuubook#2: Silap Botak
#ManlyNotSoCreative





December 3, 2011

1st Komik FUUUBOOK aku!

Entah macam mane aku boleh terjebak dengan daya kegilaan imaginasi manusia dalam internet...Fuubook... tempat manusia yang berdaya imaginasi ala-ala dR Rozmey yang power tahap dewa. sume artwork yang dihasilkan memang rare. sedar tak sedar aku dah 2 jam duk baca tak henti dari tadi. keinginan nak buat mula timbul. motivasi luaran lalu menjadi peniruan. nah ko!

-tq 4 reading!-

November 28, 2011

Nyawaku Diatas Seutas Tali Besi

Aku tak tipu. aku sekeluarga telah meletakkan kepercayaan kami atas seutas tali besi yang manusia panggil kabel. kalau jatuh dalam sungai takpa. ini nak merentasi dua puncak bukit. tingginya tak terkira, angin kuat bukan kepalang, hanya doa yang mampu ditadahkan. pui Gunung Mat Cincang.

ya. aku baru balik langkawi. gunung mat cincang telah aku terokai. kali kedua aku disana, pemandangan tetap takjub membuat aku tak terkata. tambah pula dengan lensa di tangan, aku sibuk merakam ingatan menjadi kenangan.


ingatkan waktu naik angin kuat, bila nak turun dalam pukul 6.50 petang, angin lagi kuat. gondola memang bergoncang ke kiri dan ke kanan dalam sudut 20 macam tu... tak pernah aku rase secemas tu. nasib baik dah gelap... kalo nampak bawah mau terkucil aku dalam gondola tu.







"Ia mampu mencincang keyakinan dan keberanian seseorang~"

November 27, 2011

Kalah juga menang.

Malaysia kalah dengan Bahrain. Dari 2-0 leading, dalam masa 6 minit terus 3 gol meledak masuk ke dalam gawang gol malaysia. Bagi aku, Harimau Malaysia mungkin kalah perlawanan tadi, tapi mereka telah menang dengan semangat juang yang tinggi sejak awal permainan tadi. banyak yang menarik gak tadi. Nazmi jadi hero playmaker yang stylo, walaupun subs tapi banyak cubaan yang cantik. Alhamdulillah....

2 gol tanpa penyerang utama? tak payah nak bising la Bahrain woi!


selamanya~~Harimau Malaysia~~





"cis, menyesal aku kutuk indon dalam entri yang lepas"


November 22, 2011

Kisah Epik Harimau dan Garuda.

Ini bukan kisah teladan. kisah teladan dalam buku cerita kanak-kanak. Ini cerita benar.

Malam tu penuh dugaan. Harimau telah tercedera dahulu di awal pertarungan. Namun tidak terlintas di kepala mereka yang mereka akan mengalah. Harimau terus bertarung dengan taring dan cakar yang ada menentang si garuda merah. cakar demi cakar, sambar demi sambar akhirnya harimau berjaya mencakar garuda.

Harapan kembali cerah. semangat semakin membara. namun harimau dan sama-sama kuat. sama-sama ganas. hanya semangat yang kental akan kekal hidup di medan pertempuran dan mengisytiharkan kemenangan. setelah bertarung 120 minit, kedua-dua harimau dan garuda masih berdiri gagah. akhirnya setelah kedua-dua tidak mengalah, pertarungan dibawa sesi face-to-face.

Pertarungan ini cukup epic. ada cakaran harimau  yang berjaya ditepis si garuda dan ada sambaran garuda berjaya mencederakan sang harimau. namun, akhirnya sang garuda tumpas di taring sang harimau. apa yang lebih memilukan,si garuda tewas di tanah sendiri. si garuda terduduk bertongkatkan paruh, sang harumau melompat ke langit tinggi.Harimau telah melompat tinggi membaham si garuda.

sekian cerita epik yang tak berapa epik ini.

Tahniah Harimau Malaya.

"Harimau telah melompat tinggi membaham si garuda.auummmm!"
-ikhsan dari google-








"Tahniah buat Malaysia yang berjaya menundukkan Indonesia! 
Harimau masih Raja Rimba! Aummm!~"

November 21, 2011

Harimau vs Garuda. Why so serious?

Lagu Black and Yellow nyanyia asal Wiz Khalifa semakin kerap aku dengar dari radio. tambah-tambah final bola hari ni. dalam dunia sekarang, bola sepak ni sukan paling penting. melibatkan maruah. melibatkan bola pusaka macam dalam filem Libas.pui!

tambah-tambah bila finalnya Indonesia vs Malaysia. peh. cukup sensitif.  sampai terpaksa naik baracudda. tu game dalam kumpulan, belum final ni. entah2 esok naik kete kebal sorang satu sebab coach kita tadi dah cakap dalam TV3 taknak naik baracuda dah. peh bawak balik pingat emas naik tanker, macho kowt~

sejajar dengan itu, muncul juga dengan pelbagai group, gambar, mesej komen dan bla3 yang sangat tidak senonoh dan yang paling tak boleh blah berita kat yahoo news yang bertajuk "INDONESIA BEATS MALAYSIA IN SEA GAMES FOOTBALL FINAL". wth? belum lawan dah menang? n that is what i called a desperate moves~


nama cencored.bukan lucah. dia kawan aku.

seriously, why so serious?

kalah menang adat permainan. memang la akan ada yang membenci kepada kemenangan lawan. tak salah pasal itu. tapi tak perlu la sampai nak melibatkan hal-hal lain. malaysia tiru budaya indonesia la, indonesian datang malaysia jadi pengemis  n bla3....

seriously, perlu ke?

kalo yang kalah tu marah its normal. tapi kita rakyat malaysia yang menang ni tak perlu la burukkan nama malaysia dengan membalas komen yang sangat tidak macho dan sangat tak matured. kita just perlu senyum sinis ramai2 cukup. baru nampak champion walaupu kalau jika kita kalah esok. tak perlu nak bawak tanker dan nai barracuda sume.

seriously, tak ke bodoh namenye berperang bergaduh bagai sebab bola sepak?

kepada indonesians yang baca blog aku.(mamat ni bajet ada plak yang readers international baca blog die..pui!) seriously, jangan karena sports lue maluin negara lue, dan bergaduh sama malaysia. its just a sport. dont be so fanatic, loonatic and frantic. tengok video bawah ni. enggak malukah?













"Seriously, why so serious?"



November 20, 2011

Nombor ajaib 911119~

911119-sembilan belas november sembilan belas sembilan puluh satu. entah berapa ramai meleis yang ada nombor depan ic sama macam aku. setakat 20 tahun yang aku hidup baru sekali aku jumpa nombor ic yang sama. mamat tu tiru aku la tu. kepada 911119-ers diluar sana, selamat hari jadi jugak! bangga la korang tiru aku tapi aku tak kisah

Hari ini genap umur aku 20 tahun. Alhamdulillah. Lumrah hidup zaman canggih, semua orang ucap melalui facebook termasuk adik aku. ada 2 orang yang ucap melalui handphone. oldskool betol. tapi aku lebih suka cara oldskool tambah orang yang hantar tu ....... tapi semua aku hargai semua yang ucapkan kepada aku..terima kasih Mark Zuckerberg sebab ingatkan mereka.

dari 60+...terima kasih beb~

sejak aku ada sijil lahir, tak pernah sekali pown aku sambut birthday dengan kawan. sebab tarikh ni biasanya sekolah dah cuti. paling maksima pown dah 5 hari cuti. tak sempat nak sambut dengan kawan. pernah sekali tu dan sekali tu je, aku sambut birthday aku 3 hari lebih awal. sebab nak sangat sambut dengan kawan. waktu tu darjah 5 kalau tak silap. bukan ada jamuan makan kek ape, cuma bagi sumi dengan coklat bola je waktu tu, . bukan macam sekarang, Ferrero Rocher...~

bila dikenangkan balik sepanjang 20 kali aku bertemu dengan tarikh ni... ada 1 yang aku tak dapat lupakan... 19.11.2010- aku beli motor baru dan eksiden pada hari yang sama dengan motor yang sama balik dari kedai tempat moto ni dibeli. epic sungguh~








"Limit gelaran ramaja sampai 21 tahun. Aku muda lagi la!"



November 18, 2011

PM Najib tahu kisah aku.

berdasarkan kisah sebenar.

hari ni paper last exam bagi semester 2 tahun pertama bersamaan 5 semester aku kat sini. paper hari ini cukup was-was. amik exam subjek yang tidak pernah berlajar. hanya pengalaman yang membinmbing. chewah. cukup pasal paper exam.

sambil tersenyum aku tulis esei tadi sampai hampir kejang jari pegang pen. tulis tak banyak mana pon. pegang je yang lebih. tengok perempuan sebelah, tulis lagi banyak tapi tangan steady je. ntah senaman apa yang dibuat waktu petang. tepat 4.15. semua dah lengkap. mental dah set nak main PES '12. benang mula dicari.

"cilakak" bisik hati aku. lubang kertas takda la pulak. pengawas bawak penebuk nun jauh kebelakang. kalo tak ikat tak boleh keluar. dah siap ikat kene sebelum 4.30. kalo tak duk diam dalam dewan. apa punye peraturan entah nak tunggu sampai pukul 5 pulak baru boleh keluar. masa itu emas tau tak woi! sampai turn aku cukup2 ada 7-8 minit. lubang ditebuk.

"cilakak" bisik hati aku kali kedua. ikatan ni yang menjadi halangan aku. cukup lengkap. benang pendek dan jari besar. pengawas tersenyum menambah tekanan. nyaris berpeluh. pui! siap je ikatan. "Jam kat depan ni dah tunjuk 4.30. jadi pelajar tak boleh keluar sehigga pukul 5". baru aku sedar jam di dinding tak sama jam yang diletak di kerusi. jam di kerusi yang digunakan pengawas. aku patah hati.

aku duduk tersandar. mata tengok kiri, kanan, depan, fikir nak buat apa sampai pukul 5. aku nampak 1 gambar di dinding depan kiri dewan. die tersenyum. Macam tau je kisah aku.


lebih kurang gambar ini la. cukup sinis senyum dia. 

November 15, 2011

18SX: Tak cukup perempuan ke kat dunia ni?

Tak tau la apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. makin lama makin tak senonoh, tapi siapa pown tak kisah dengan ketidaksenonohan manusia. tadi ada insan yang masih kemanusiaan yang share satu gambar pasal hubungan Gay. Aku jumpe gambar2 ni dari group INI.. ada yang dah sound, ada yang dah share, ada yang dah report. tapi rau apa alasan diorang na balas sume benda tu?

Perempuan tak cukup.

Perempuan rejek cinta mereka tapi lelaki tidak.

Seksualiti Merdeka.

Dah ditentukan Tuhan.

Hanya Tuhan saja yang layak menilai mereka.


AMARAN: JANGAN TENGOK GAMBAR NI KALAU TENGAH STUDY ATAU MAKAN.











last ni bdak Penang ajak g QB. Sapa free?








"Habis hilang ilmu pedagogi aku nak guna esok.Pui.""


P/s: Tolong la share pasal group ni and suruh report kat Facebook. G kat group tu n  kat bawah sekali ada pasal report group. that is the least we all can do. 

November 6, 2011

18SG: Apabila Along Tak Balik Raya.

"Jat mari belah sini! Duk atas kaki lembu ni!" jerit Jawe Ganu kepada aku yang berada kat tepi. Seperti insan yang baru mendapat seruan Illahi, aku lantas masuk ke dalam kekecohan pertarungan berdarah di Bukit Combee. Tanpa membuang masa aku buat seperti yang diarahkan.

Sebilah parang datang menyusul diiringi dengan laungan Allahuakhbar. Baru aku perasan, aku duduk di atas kaki hadapan -hampir dengan tengkuk lembu dan mengahadap lembu terbabit. Kaki lembu tersebut cuba bergerak tatkala parang tersebut memutuskan uratnya. Darah memercik-mercik, mengalir ke dalam lubang. Masing-masing bertenang sejenak, tunggu si lembu lemah tidak mampu bergerak. Merasakan die semakin lemah, masing-masing mula melepaskan pegangan dan aku bingkas bangun. Takut kene tendang.

Pertarungan kedua tamat. selut dan tanah berada dikaki dan seluar. titisan percikan darah berada ditangan bukan kepalang. Macam baru balik perang dari bendang.

Pertarungan ketiga sehingga kelima terus menyaksikan pertumpahan darah. Bersama dengan Din Ganu, Abe Pahang, Azman Suki yang dipimpin oleh Che Yusoff dan Rosli HEP dan lain2. Tugas kami diperbatasan berakhir tanpa masalah. Masing-masing lega dan puas. Luka dikaki dan tangan diubat dengan kepuasan menjamah juadah makan tengah hari tadi.

Ini merupakan pengalamn pertama yang sedekimian aku alami. Sepanjang 20 tahun aku bernafas, biasanya ada saja orang yang lebih tua akan melakukan semua ini. Aku hanya berada ditepi potong daging dan sayur seperti seorang anak dara. Tapi kini aku rasa aku telah menjadi lelaki sejati. Ya. Walaupun lambat, asal selamat. Ini juga pertama kali aku beraya di perantauan sama seperti Fatin Liyana yang masuk paper.(sini) sedih jugak tak dapat jamah rendang ayam ibu bersama ketupar daun palas. tapi tak sia-sia jugak aku tak balik. lebih-lebih buat BBQ pulak malam ni. peh. Alhamdulillah. Salam Aidiladha!

Pasukan Khas Penumbang Lembu Cawangan Bukit Combee.
(tengok kaki kanan gua.bukti kukuh gua bergusti dengan lembu)







"Rain.Sweat.Blood.TaikLembu."

November 3, 2011

Dulu Poke, Sekarang DiTag. Dan iTag U!

Tagged by Mira Fariha


Rules
1. Each person must post 11 things randomly about themselves.
2. Answer the questions the tagger has set for you in their post and create 11 new questions.
3. Tag 11 persons and link them to the post.
4. Go to their page and tell them you have tagged her.
5. No tags back!     

11 things about myself
1. Bagi yang tak pernah nampak aku, aku seorang yang CTC- Chubby Tapi Chumel(Amin...)
2. Seorang sulung dari 3 siblings.
3.Seorang Otaku(fans of manga and anime) amatur.
4. Hot-tempered, tapi senang cool(trying).
5. Impian nak melawat Japan sejak Form 1 dan Korea sejak 2 minggu yang lepas.
6. Suka jalan-jalan sorang2 hujug minggu.(xda awek nak teman.)
7. Seorang control-freak.
8. Pernah lalui 2 pembedahan di kawasan atas kedua-dua buah pinggang.
9. Suke muzik tak kisah genre atau rentak.
10.Seorang fans of minimalist art and minat photograph n grafik.
11.Pernah tolak 13 tawaran untuk kapel dengan 13 gadis berbeza dalam masa 13 hari berturut-turut.




11 questions from Mira fariha



1. Best tak main tag2 ? reason(s)?
-letih tapi agak seronok coz tetibe refelct diri sebab nak jawab soalan sehinga senyum seorang diri.

2. Pernah dating? Berapa kali? Best ke?
-tak pernah. seperti yang telah dinyatakan diatas, pernah tolak 13 confession dari 13 girls yang berbeza dalam tempoh 13 hari berturut-turut. itu tipu yang riak.jawapan sebenar: tak pernah, tak sampai jodoh.

3. Azam untuk next year?
-nak kurus sikit n be a better man!

4. Siapa orang gila yang pernah anda jumpa (kalaulah) ?
-seorang sahabat lama bernama Ditto(bukan nama sebenar). cukup gila. e.g: pernah sembur fire extinguisher ke dalam tandas yang ada orang berak.

5. Anda rasa anda hensem ke cantik ke or hodoh? JUJUR! Kenapa anda rasa macam tu?
-everybody is not perfect. honestly, sebagi seorang manusia, aku sentiasa rasa ada kekurangan. my body yang ganteng ni perhaps?

6. Kalaulah ada kelebihan, kelebihan apa yang anda nak? (cth : kelebihan empathy) why?
-nak kelebihan untuk mempunyai pelbagai kebolehan seperti memasak, menyanyi dan menari macam Kpop, berpidato, power dalam flirting, berdispilin patuh diet n etc....tak poyo kan?

7. Tarikh perkahwinan dalam hidup?
-tak ditetapkan lagi. hujung tahun 2014 mungkin?

8. Nama femes/ feveret anda?
- Boy. sejak sekolah menengah orang panggil tu. asal nama keboy. asal nama lagi panjang - kesekepamgikubatakbabahinbannahpedungboy...................dan bersambung lagi. thanx to frankie for the name.

9. Nama orang yang anda sayang sangat2 selain keluarga?
-Charlie(my big fat cat)
-Miss M

10. Pernah sakitkan hati kawan baik sendiri tak? Apa jadi?
-pernah. kawan baik since Darjah 3. Sampai sekolah menengah which is a SBP, die kene FITNAH curi phone n as we all live in brotherhood, die kene hukum.  dan aku tak buat apa2. put the blame on me bro!

11. Apa perkara “gila” or “yang tak masuk akal” yang pernah anda buat?
-since sem 1 hingga sem 3, jari pernah terbakar  coz main api untuk test "backfire" nak release tension. setiap kali dekat nak exam buat macam tu. taun ni rasa nak main hair wax-spray with lighters.

11 Questions for the Lucky 11.


1. Iklhas tak nak balas tag?
2.Perkara paling romantik pernah buat?
3. Perkara paling bodoh/ gila yang pernah dibuat?
4.Nama first crush?
5. Apa  yang patut aku buat dengan blog aku ni?
6. Kalau kaya nak buat apa?
7. Kalau terkandas dipulau terbiar, dengan siapa yang ko nak terkandas? (nama 3 orang kawan)
8.Ciri soulmate yang diimpikan?
9. Apa sebab korang blogging?
10.Berikan 2 kelebihan dan 2 kekurangan aku.
11. Will u marry me? why?!


*soalan random selepas penat study. harap maklum.




11 Most Lucky Person On The Worlds


*kalo sayang jawab~ TQ.



October 16, 2011

Three Musketeers Review

masih aku ingat kepada 3 watak utama Disney-Mickey,Donald dan Goofy jad watak dalam The Three Musketeers. habis tengok citer tu, mula la nak cari pedang. batang straw kalo sambung jadi panjang pon dibuat pedang melawan sepupu.

tapi itu dulu.

hari ini aku tengok versi dewasa sesuai dengan umur dua dekad. komen? simply amazing. filem aksi komedi yang terbaik dalam tahun ni aku rasa. tambahan pulak seorang peminat zaman Renaissance + Assassin Creed macam aku ni tengok filem ni. memag boleh #ManlyTears la. tengok senjata, uniform Cardinal Guard, semua serupa. macam di-live-actionkan pulak Assassin Creed.



selepas Vin Diesel, aku rase lelaki paling bergaya ialah laki yang ada misai+janggut nipis ala-ala Hawkeye dalam One Piece tambah rambut sikat belakang.peh. dalam filem ni Buckingham ngan Aramis memang menarik perhatian aku(i'm not gay!).



anyway aku memang suggest kome sume tengok kat wayang r.. sound effect boom2 kot. tambah kalo tengok 3D. feeling hbais.. pedang die tercampak pown kita rasa nak mengelak.nasib baek pop corn je bertabur.






"One for all, All for one."

October 11, 2011

A Malaysian Guy with iPhone 4S (+Siri)





Pernah tengok dah video kat atas? ya. ni produk terbaru Apple. iPhone 4S and it comes with Siri. a new feature that get things done with just talking. yeah. just talk. aku bukannya fans produk2 Apple but produk Apple memang smart and genius. but the genius behind it already dead. RIP Steve Jobs.,.,.,

aku tak tau kat sejauh mane kemampuan Siri ini. memang nampak cool. cakap2 sambil joging pown boleh balas mesej, cek traffic and cuace. tapi kat Malaysia ni tulis kat surat rasmi lain bahasanya lain, kat sms lain. korang cuba bayang kan....

Mesej dari awek: " Abg, tgah wat ape tu? bz ek?"
Mesej dari kawan:" aq dah otw. nk smpi dah."

ada korang cube fikirkan macam mane iPhone nak translate and bacakan mesej2 tu kat korang? jangan sampai suare perempuan tu mencarut sudah. tu belum lagi kalo users mempunyai pelbagai loghat nak bagi instruction.

Mamat Perak:"Ate cube kome cek kejap jem ke tak jalan nak ke kuale"
Mamat Kelantan:" Guane cuaca esok? huh? gapo dio?"

tak ke berasap iPhone tu? haha... tapi biasenyer, orang yang dah pakai iPhone ni mane ada yang cakap macam tu... sume speaking english i tell u...haha.. Wasalam.


September 26, 2011

Rumah Dibuka, Isi Terdedah...

dalam aku dok bace sambil meneroka fungsi-fungsi baru punat-punat baru yang terdapat pada Facebook, terjumpa la pulak gambar OpenHouse'11 rumah aku. dah nak habis raya baru la ayah aku nak upload. dah dekat 8 tahun berturut aku jadi waiter, sous-chef, runner dan pembuang sampah setiap kali event macam ni, tahun ni aku terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kepada adik-adik aku atas sebab aku tak balik kerana sibuk dengan tugasan sebagai bakal guru.

jelez dan sedih sebab tak dapat makan masakan emak waktu open house panas-panas. sebenarnya, kalo event-event macam ni, makan waktu sume orang dah balik paling feel. keletihan yang dikongsikan bersama keluarga, menikmati saki-baki makanan yang tinggal, duduk menggelak dan mengomen tetamu yang datang, mengira duit upah a.k.a duit raya yang diberi oleh tetamu. thats the true Eids with familia i think.

tapi tahun ni aku tak dapat merasa sume tu. maybe tahun depan aku jemput satu IPG aku datang. biar kecoh satu kampung aku. 



"victory love preparation"-Anynomous
persiapan rapi yang dilakukan bagi menyambut tetamu-tetamu yang bersedia untuk beraya kerumah kami. menu tahun ni. rendang, lemang, sagun SG, dll... tapi yang paling best ialah my mom specials laksa kuale! peh. Ayah ngan mak aku  memang pandai masak. kalo pencen boleh bukak restoran 30 cawangan setiap 1 negeri. tapi entah kenapa, genetik-genetik memasak tak masuk dalam diri aku. mungkin pergi ke adik aku. tak cukup dengan msak, waktu hidang pown dah jadi macam buffet kat hotel. dalam gambar tu sume parents aku punye tau. bukan catering. (riak sikit.)

  bukan memasak saja. berkebun and landscaping pun tak jadi darah aku. nampak tak gerbang dan landscape-landscape belakang tu. sume ayah yang buat. aku? duk main game menambah syarat masuk The Biggest Loser boleh la.

ok kat sini aku nak buat pengumuman. sesiapa yang baca ni adalah sangat dialau-alukan dan dijemput datang open house rumah aku tahun depan. akan lagi special dari tahun ni sebab aku yang masak. masak air. sekian...








panjang pulak menulis kali ni RPH tak siap lagi!!:'(