January 31, 2011

*Onak Dan Duri*

Assalamualaikum!

Baru je balik dari kedai repair komputer, laptop aku ni wat hal plak, nak plak die patah mase poket2 aku tengah masuk ICU sekarang ni. mujur tokey tu cakap xda stok, lepas raye cina baru ada... kalo tidak terpaksa la aku jadi orang gaji kat umah die sampi 2hb Feb ni.... seb bek anak tokey cun. ekeke~

sejak 2menjak ni aku asyik mengeluh ja. duit xda punya pasal la ni... bukan nak kata aku ni mata duitan tapi dalam dunia globalisasi hari ini, duit itu amat penting, lagi-lagi waktu cuti sekarang ni, bak kata pepatah "kalau cuti nak hepi, poket mesti berisi".. dah nak dekat raya cina ni,,, tengok banner2 sale dah naik dah sana-sini, henset plak duk masuk mesej ja, kawan2 ajak keluar, nak enjoy sana-sini, mcm mane aku tak mengeluh.. hm~~ bila mintak kat tokey mereka bagi angpau yang lebih mahal dari duit, SENYUM!!!! parah2~~

bila timbulnya krisis2 macam ni baru la teringat plak akan artikel tentang pendapatan blogger yang mencecah belasan ribu Rm.... time tu baru la nak bukak [ChurpChrup] ngan [Nuffnang], kowt boleh wat masuk poket blanja cuti... yela, churp2 ngan nuffnang ni kan part-time income bloggers~ yang x tau tekan [ChurpChurp]



memang menyedihkan tengok pendapatan yang diperolehi dari blog ni... adoyai,,, bukan nak kata mencecah pulhan ribu Rm,,,, puluhan Rm pown belum cecah lagi~~ =_="





"dengar kate elaun masuk esok "

January 30, 2011

Holiday Expired

Assalamualaikum!!!!

wah3~~ lame giler x memasukkan entry ke dalam belog ni... dalam [entry] sebelum ni, aku dah cakap yang akan mengambil cuti2 cinta sebentar coz will be busy... so sekarang cuti CNY dah start n that means cuti-x-meng-update-belog aku dah habis.. kalo nak terpaksa la kene wat MC baru.. ekeke~

dalam seminggu ni macam2 berlaku.... BIG..x yah cakap banyak... penat lagi memenat je.... walaupun buat kat sini, tapi semua nya hepi,selamat n memorable experience.. buat sape2 rase die akan buat BIG kat langkawi aku nak tegaskankat sini sekeras-keras kepala aku, yang aku x jelez sikit pown ek.. so x yah nak menyembur depan aku nak bagi aku jelez sparuh mati... ok, mungkin sikit... hehe~ 

 nyanyi lagu Perak bersama orang2 Pay-Rock

hm~~ cukup2 pasal schooling college ni.. sekarang dah cuti... kepala otak terpikir macam2 cara nak enjoy holiday ni dah.. tapi sume kene potong coz budget xda... sume bergantung pada esok dan luse... kalo x say bye2 to this holiday~ menempek jela kat umah bersama family... seb ada jugak sekor adik laki buat pengubat pungguk rindukan bulan...~ hehe~
Model: Charlie...
Photographer: U[x]E
ni la adik bongsu aku n sorang2nye adik jantan yang aku ada... die memang pandai pose depan camera pown hehe~ kalo aku cakap die ni lebih hebat dari aku duk kat umah ni korang mesti x percaya kan.. ok.. die tidor dalam ekon, makan nasi ngan ikan bersama kuah sup ikan, tido atas katil dia sendiri n sebelum tidor die mesti kene urut... hehe~ aku mane penah dapat sume tu... so, aku ni anak sulung yang ditirikan la... walaubgimana pown,,, die ni jela tempat aku lawan sape lagi jantan~~ n teman aku sepanjang cuti ni...~ huuuh~

January 23, 2011

Kala Malam Menjengah~

salakan anjing-anjing menemani aku dalam bilik yang berlampukan cahaya dari skrin komputer riba aku. mentang-mentang hari ini cuti kerja-kerja suma aku rase malas nak buat, nak rehat kononnya, tidak sedar kerja sudah menggunung. sambil aku tekan ape-ape yang patut dekat facebook, aku melawat blog aku ni sebentar. aku tengok ramai, kawan-kawan aku update hari ni, mungkin mereka mempunyai fikiran macam aku juga. satu persatu link aku tekan, ada la dalam 10 page aku bukak serentak, membakar 1001 kalori badan ni, ditambah pula dengan kelajuan internet yang cukup kurang mantap, memang mencabar fizikal dan mental.

satu persatu page aku baca dan renung. sampai satu tahap, dengki tetiba menjengah diriku kembali bersama kecewa. masakan tidak, blog kawan2 aku telah mendapat sambutan macam goreng pisang panas pada musim sejuk di Alaska. separuh dari diri aku mula memberontak, mahu berputus asa dengan pilihan pengguna. separuh diri aku pula gigih mempositifkan diri aku sekukuh yang mungkin.

sebelum ni pernah kawan aku berkata-kata menasihati aku, agar jangan mengejar sangat populariti tu. memang betol, aku pown pernah berfikir macam tu, tapi bile kawan aku tu dapat lebih, kepada siape die nak berlagak kalo bukan aku? dah la die kereta baru, banyak pulakpengikut, die mesti teringin  press minyak depan kereta antik  macam aku, bagi makan asap sikit.aku pown apa lagi, terbatuk kering la~

itu satu lagi faktor penarik kecewa dan dengki selalu melawat aku, pengguna sekarang suke akan kereta baru yang dimiliki kawan-kawan aku, mereka tak tengok kereta-kereta antik macam yang aku ada ni. tapi yang aku hairan ada 1 dalam banyak-banyak kereta baru tu, ada 1 yang bersepah, saiz pic tak guna berpembaris, background plak cukuplah setakat aku cakap tak ada art. tapi masih ramai pengguna. bukan aku nak memandang rendah, tapi aku nak jugak tahu apa yang market pengguna hari ini mahukan. aku mungkin tak up to date, mungkin pengguna sekrang mempunyai taste yang sofistikated. mungkin itu trend pengguna sekarang. aku tak boleh berkata apa, membisu dihujung kamar, menanti dunia kembali memberi ruang untuk aku.


bersempena dengan bermulanya kesibukan melampau aku yang akan tiba tidak lama lagi, malam ni aku dah memutuskan untuk bercuti sebentar dari dunia blogging ni. tidak pasti bila akan menyambung kembali. mungkin akan menyambung kembali, mungkin tidak, kita lihat-lihat lah rezeki masing-masing. lagi pun kawan blogging aku baru ni ada cakap, tak boleh update selalu, nilai pasaran jatuh. bukan menuding, cuma memetik kata-kata ek..

| sehingga berjumpa lagi |
+gambar fully handmake ni  tau+
+jangan kata aku amik internet lagi+






p/s: hormati keputusan aku  ok? rest is need for a human body.

January 22, 2011

Facts Dont Lie~

As salam, fuhh, kesibukan dalam menyiapkan kertas kerja memenatkan. aku baru je balik dari survey tapak projek kat blok gajus sambil tengok tiga empat brader duk main kat situ. ape boleh aku cakap, blok tu memang MASYUK! havoc giler blok tu, mcm kelab mlm pown ada. maen gitar melalak, asap2 sana sini, minuman bese je[AMARAN: ARAK HARAM!], x silap td aku nampak ada org menyumpit~ havoc x?

sambil2 tu aku ada dok pronek2 aku nye enset, delete gmbr2 lame, tetibe aku jumpa 1 gambar yg dah lame aku nak kongsi.... dalam sebulan dah gambar ni ada dalam aku nyer enset, baru hari ni ada ruang dan peluang untuk share~

facts dont lie~~~
[Sumber:Remaja]

"aku lebih suke wat wanita stress, aku mandi"

January 21, 2011

Pop-Ularnya Muka Bukuku~

sejak duamenjak ni, ada yang tanya aku pehal asyik share Churp2 je, x banyak update satatus fb~ buat yang bertanya, jawapan aku senang je~ aku patah hati ngan facebook dah~ bukan sebab gosip2 skandal Mark nak tutup Facebook, juga bukan sebab Mr. Zuckerberg wat hati kering je tukar profile aku, tapi sebab aku rasa  jiwa kosong je bila update status~



tengok r sendiri~ sorang like, and 1 komen dalam masa lebih kureng sejam~ berbanding "best friend forever" aku yang lain,,, dalam sejam, dorang boleh dapat.........



mane la aku x jiwa kosong+bosan+tencen je bile nak update status~ kalah teruk aku kalo nak lawan,,,, bukan sape pon depa tu, kawan kecik2 maen Beyblade gak~ dulu aku menang, sekarang aku kalah teruk~ aduh~


mungkin budak2 senyum kambing macm ni je tengok aku nyer status ~

January 17, 2011

Jatuh Ke Atas

Salam~ ok,,, firstly, sbelum korang bace entry aku kali ni jgan salah kan aku kalo korang muntah darah sekali pown tau... aku dah tulih dah ngeri dah tajuk kat atas tu~  secondly aku nak kate YES!!! aku memang jelez tahap cintan 3 segi kat beberape org geng blogger aku...Izmer & Izyan~

nape?? ska hati la aku nak jelez ngan sesape.. Dush! x dala... dorang tu leyh aku cakap baru lagi la dengan dunia blogging2 ni... tapi tengok la kadar kenaikan follower ngan komen2 yg dorang dapat... tinggi melampai macam kenaikan harga getah hari ini... tu sebab aku jelez... tp memang aq x nafikan la yg dorang ni berbakat..

sorang tu dak laki maskulin pengajian bahasa melayu tahap tinggi, sorang lagi wanita ayu pengajian sains coop lak ngan fesyen coop lagi ngan fotografi... so x yah cakap la dorang punye entry,,, memang monalisa la aku cakap... aku ape ada kan?? budak poyo yang mimpi nak menggegarkan dunia blogging tapi gune wimax sampai 7 org~  entry yang yg masuk pown adala yang menjadi masterpiece~

kembali mengingat first2 aku start blogging dlu... basicly aq sendiri pown x ingat apa,mengapa,bagaimana,bila dan dimana aku leyh start blogging2 ni~ yang aku ingta aq penah delete blog aku 3 kali coz masalah x reti nak ubah balik apa yang telah aku wat.. ntah ape2 kan? aku pown x tau ape kelemahan n kekuatan aku dalam bab2 tulis menulis ni, mungkin itu la punca semua ni~

aku ada gak research dorang nyer blog, tengok mane yg bleh aku wat.... 1st yg aku yakin yg mnjadi x-factor ialah gmbr... gambr kene cute/maskulinisme... tu yg penting... tp soooorila sangat2 aku ni x pandai la nak tngkap gamba2 sendiri wat2 hensem or comey ni~ aq sendiri pown leyh kuar darah ikut hidung mcm tu tau~ bukan sebab ape,,, aku nyer gambar sume mcm yg kat bawah niha~~

ni gambar aku waktu sblm nak ke maktab dlu~

January 14, 2011

|Mimpi Hingga Ke Pintu-E|

salam~ dalam2 x da duit ni, perasaan bosan mula meninggi.. so, balik sembahyang jumaat tadi aq plan la nak g ke tesco nak beli barang keperluan lelaki maskulin sikit... so dalam rancang2 ala2 belanjawan parlimen, tercetus la idea bijak2 nakal nak round2 ke E-gate..... ni semua gara2 mimpi pasal nak makan kek tiramitsu sebelum bersiap nak g sembahyang jumaat tadi...

so, lepas aku membeli serba serbi brang2 di tesco, mkan2 sikit, semabahyang asar, aku ngan 3 lagi org jejaka mengorak langkah ke e-gate dengan harapan mencari kek tiramitsu yg menjadi siulan ramai...kemana lag? ke Secret Recipes la~~

3 jejaka yang terbabit~

akan tetapi, aku teramatlah kecewa pabila aq mendapati tiada kek tiramisu yang dijual di Secret Recipes hari ni... namun begitu,, disebabkan dah berjalan jauh, waitress kat situ plak cute+bagi senyuman ala2 katy perry.. terpaksa la aku cari plan B punye kek... well, kegemaran aku ialah,, choc... so aku pown beli la Chocolate Chips With Walnuts.. what the hell!! kate nak diet! damn! anyway~~

 

sambil2 tu kami pown makan sushi dekat Sushi King yakni sebelah Secret Recipes... ada diantara 3 jejaka tadi plak x bese mkan sushi.. so, aku la kene ajar~~ aummm! nyum2~


setelah beberapa tika... aku terpikir, ni masih x da elaun ni... bila ada elaun... aku rase aq alo nak beli barang  pen pown aku g KLCC~~ kah3~~



"ni sume gara-gara mimpi"

January 10, 2011

PleaseRemindMe@AJL25!

salam~  aku baru je tau dapat tau keputusan AJL25 tadi.. maklumla blok aku ni memang kaya nak mampus, tv pown kene tunggu tv LCD  keluar pasaran baru nak beli, so kene la tengok kat kafe mami yang menyuap pelajar2 ngan tv LCD baru beliau,.. walaupun x sempat nak tengok habis tapi aku sempat jugak la tengok sampai lagu ke 10 tadi...

AJaL25 a.k.a Anugerah Juara Lagu 25 kali memang penuh emo, performance A.P.I yang mcm baru balik perang la, Syahir AF8 kene tampar Jawa ngan Nasha Aziz la, tapi yang paling aku terkejut Hafiz kene shot la(memang aku terkejut  betol2),~~ pada mulanya aku ingat Faizal Tahir akan menang, balik2 bilik rumate aku bukak radio kat enset, rupe2nye Ana Raffali yang menang.. Dasyat! baru masuk dah terus menang,,

sejak2 tu aku dengar lagu champion Ana Raffali, Tolong Ingatkan Aku menjadi siulan disamping sorakan bola sepak (MU menang 1-0).... sedang aku menghirup udara malam yang segar diluar bilik, aku pown g la bilik jiran aku yang juga budak band maktab ni, Jejake I,,, aku pown umum la result AJL kat die,,,, ape lagi die suruh rumate die pasang lagi tu,,, rumate die yg kebetulan xda lgu tu terus download tanpa mengecewakan rumate sendiri,, Jejake I pown tanpa membuang masa terus capai lagu tu sampai berazam nak main lagu tu malam tu jugak,,, pergh aku cakap,,,, power gak rupenye lagu Ana Raffali ni~

 aku snap gambar ni sebelum terkantoi~

mule aku tengok die main pakai gitar die je,,,,sambil cuba2 cari cara nak main lagu tu kat internet,,, tengah aku nak bukak blog,,, die melaung-laung nameku dari jauh,,, aku pegi la tengok,, rupe2nya~~


beliau sudah dapatkan gitar elektrik la pulak,,,,,, gempak gak aku dalam sekelip mate die dapat buat magik macam performance Faizal Tahir lagu Hanyut tadi,,,, kah3~~ tapi aku kira bangga la dapat snap gambar die ni,, ne r tau nanti2 die jadi champion AJL jugak,,,~korang kenal x sape Jejake I ni??





"izzat ngan aizat pown dah x jauh dah~"

January 8, 2011

Wrath of Anger [DISCLAIMER]

malam ni memang malam yang macam sial.. ko kalo nak kutuk cakap kat depan2 la kalo berani.. macam bapak x penah ajar macam mane nak jadi anak jantan. aku tau la aku ni x banyak turun main, tapi x bermakna aku x boleh main. dah kate nak main enjoy, bile aku x nak join banyak bising, ni bile aku nak join mulut pulak  macam sial kan? aku tau la aku ni sape,,, aku dah cakap,,  aku x minat men kaki2 ni~~ aku suke main gune alat2 or tangan,,, ko pown tau aku main kriket,, dlu aku men rugby kejap n ko pown tau aku ni kaki boling,,,(poyo x aku)  lu nak bising apa?! aku malas la nak gadoh pnjang2 sebab kao x gadoh pown tiap2 hari aq kene tengok ko kat sini...

ko tu ape yang ada? main petang2 sape2 pown boleh buat la,,, dah la lg lembab dari aku banyak plak nak komen~ pastu brani lak nak cakap ape yg aku buat komputer aku ni amik dari internet... x buat sendiri la,, membazir masa... palak hotak nenek ko kawen lari!! ok,, aku ngaku yang aku x cukup ilmu dlm bab2 komputer ni,, tapi ko tu,,, kalo ko power sangat pakai komputer leyh gak aku simpan dalam hati,,, ni kalo menaip pown duk terhegeh, powerpoint pown terhgeh2 lu duk snyap korek hidung sudah la,,,



aku x kesah kalo ko xnak terima aku, tapi kalo stakat nak hina aku, ko g tengok 1 setengah taun ko ngan aku, sape lagi maskulin beb!!!


akhir kata dari saya ba alif ba ya!!!

January 7, 2011

Kuliah Pagi

Salam~ ni first time aku mengupdate blog aku seawal ini. tak perah dalam ingatan aku, aku memegang laptop al-toshiba aku seawal ini. ntah nape pagi ni rase tetibe nak wat entry, mungkin letih ngan tugas ketua yang ibarat perdana menteri yang sibuk dengan tugas2nya. tambahan pula internet yang teramatlah tidak laju atau menurut kawak aku, tak cukup padu untuk aku membuat sebarang entry pada waktu malam. mungkin lepas ni aku kene buat blog ni macam kuliah subuh macam dr.fadzilah kamsah di kaca2 tv.

ok, aku baru je makan roti 2 keping berintikan kaya. aku terpikir nape la xda benda yang branded kat dalam maktab ni....kadang2 aku teringin gak nak breakfast dengan makanan yang dasyat2 macam Mcd ke, KFC ke, Starbuck ke, baru la dapat tenaga yang kental dan berpanjangan nak ke kelas yang dah macam medan perang. tambah2 lepas2 nak blaja sains dalam bahasa melayu selepas 7 tahun blaja dalam bahasa ingeriss.


aku rase lepas cadangan aku nak wat indoor badminton court kepada pengarah dalam entry sebelum ni, aku nak cadang pulak die buat McDonald... x yah drive thru coz bukan semua naik kuda masing, g kelas... so aku nak buat line-thru.. bratur, bayar amik, blah~~~ kah3~~

January 5, 2011

101 Macam

salam.. hari ni baru aku sedar tinggi rendahnya langit, dalamnya laut dengan mata kail sejengkal aku. bukan nak kate ape, tapi sejak2 masuk PISMP ni banyak perkara dah berlaku. hari ni ari second a.k.a last day taklimat. kemuncak hari ni taklimat taklimat kewangan yang mendapat perhatian hampir semua student macam PM membentangkan belanjawan 2011... semua fokus kat skrin tengok brape angke ngan angke mane yang dapat.. bile dapat lebih sikit semua duk kagum macam budak2 bukak hadiah pagi krismas.

 kelajuan tanganya dapat dilihat

paling aku x tahan ada la yang aku nampak bawa buku kira2 ngan kalkulator.. kira punya kira brape boleh dapat lebih dalam 1 sem, nak wat kawen boleh brape, nak beli kereta lagi, belum lagi nak perah dompet kat pusat2 membeli dan belah~  pening gak la kepale nak mengira elaun2 yg boleh dapat, kelim2 lagi,,,

x cukup dengan tu, aku dikejutkan dengan kehilangan external hard disk aku.. penat lelah aku mencari dalam odt sorang ptng td, tnye  brape bnyak org ntah yang aku rase nak tanye... dah2m seb bek ada senior yang baek hati tolong aku.. credit to bro joker, x brape kenal tp tolog aku, kire calon suami mithali la kan? selamat barang2 dalam tu~

tapi ada gak yang best, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa tahu... dalam aku x cukup kunci bilik, aku ke pejabat asrama untuk jumpa ngan Mrs White yg lebih dikenali Che Putih(betul ke entah ejaan)... terkejut aku bile tengah cakap ngan beliau ternampak minah2 saleh canada berjemur kat tengah2 blok rambai... tapi betol la jugak kan, dorang pown kene relax lepas habis kelas... kah3~ aku ingat nak tangkap gambr masuk sini, tapi cuak gak aku kowt2 kene saman under Akta 174 Bahagian _ Perkara _~

January 4, 2011

Kala Malam Berbunyi~

salam~ dah lama aku x dengar bunyi orang main batminton kat court tengoh blok pinang ni...  sebulan setengah jugak la,, akhirnya malam ni rindu aku terubat... tambah2 semangat mereka berkobar-kobar lepas2 Malaysia menang bola dengan Indonesia ritu,, intensif kot main kat gelanggang blok pinang~ sekeliling die merupakan pasir tempat kucing2 melpaskan hajat masing2, x cukup ngan tu lantai court ni topclass, lubang2 plus kalau hujan memang licin... tu yang meningkatkan kelincahan untuk memukul bola~

tp bukan aku nak kata apa, bila ada orang main batminton ni ada la yang menonton,, itula yang wat blok pinang ni blok paling happening yang penah wujud kat maktab ni~ bola masuk cantik org gelak tepuk, kalo nak tergelincir lagi hilai tawa sampai warden x larat nak tego dah~ kalo waktu hujung minggu lagi la,,, sampai pukul 3 pagi pown silap ada orang main... lepak kat bawah, lepas main minum air~ pergh~~~ memang masyuk la cakap.. aku x tau la blok lain tp aku nak cakap jagan jelez la ek! kah3~ namun taun ni aku terpaksa tonton game dari altitude bilik yang lebeyh tinggi~ aduh~

tengok belah kanan, laju x terhingga, lin dan pown gerun kowt~



patut mintak budget kat pengarah baru wat court baru ada bumbung~

January 3, 2011

KAmi Budak Baru(?)

salam, dalam cuace sejuk yang extreme dan kakiku yang sedang sakit menyesuaikan diri dengan altitude baru bilik aku ni, semangat blogging aq still kukuh... ok,,, hari ni merupakan hari 1st aku masuk degree, aq expect yang hari ni aku akan mula blaja dengan subjek2 baru bersama lecturer2 baru di tempat2 baru.. namun begitu jangkaan aku cuma tergelincir sedikit, kerana hari ni dan esoknya merupakan taklimat kursus yang bakal gua tempuhi 4 tahun,, so agak relax la sikit di permulaan baru ni...

aku rase bile lecturer bg taklimat yang  menggunakan tahap tinggi, kelopak2 mata student kat sini pown mula nak tertutup seperti semalu ditimpa hujan.. namun ada gak kejutan2 yang menyegarkan badan mcm ada exchange student dari Canada yang join venture ngan batch aku, ada masuk student baru yg bukan basic education n ada................................................................ lagi ke??

pabila kelopak mata mula bersatu~

esok masih ada taklimat mcm ni cuma esok die sampai petang, aku juz berharap aku n rakan2 x tumbang seperti dihujani peluru ketika diberi taklimat, tapi esok mungkin ramai yang x tido kowt, coz ada taklimat kewangan...~

January 1, 2011

2010: A Past To Be Remember

3,2,1... Selamat Tahun Baru!!! Happy New Year!!! tambah lah lagi setahun dalam hidup aku yang akan aku lalui~ masuk tahun baru ni bukan saje kene ada azam baru, semangat baru, jadi seseorang yang baru, tapi kena ingat gak masa lalu~ tahun 2010 banyak mengajar aku tentang hidup ni kene berhati-hati, silap pilihan parah akibat.. banyak konflik persengketaan dan drama dah berlaku namun still tahun yang happening buat aku!


 Teluk Kumbar

 autopsi!

 Teluk Batik Camp~

 Kedah Tour

 Feringhi's Feast

Moonphase Project Treat@Palace Of India


and lots of hangout!!!!


this is my story of 2010, 
i wonder what;s waitng for me in 2011.


FreakingOut@Genting

salam~ lebeyh kurang 1 minggu yang lepas, aku pegi ke genting, dah brape lame ntah aku x ke sane... last time aq g space shot baru siap kalo x silap aku... kali ni aku g coz nak meraikan kejayaan adik aku dalam PMR baru2 ni~  kali ni aku berjaya memujuk diri aku untuk naik benda yang lebih trill untuk first time~

buaian ni 1st time nek ngan adik2~
ada show untuk christmas la plak~

flying coaster,,,best worst nightmare~

going up

going down!!!!!! sebab nek benda ni,,, aq ada bowel dislocate lepas tu!!damn!

clown yang comel,, die tunduk sebab ada mamat cakap die comey~
sbelum finale,, masuk dalam snow world-urine pown boleh beku!

gambar ni aku tuju kat nemesis2 bowling aq,,, 
aq wat latihan intensif kat genting kowt!!