October 11, 2014

Coundown #1: The Regrets


In any period of our life, there must be something that we regret.
More than 5 years in IPGKPP, I am left with another a month and half to go.
And lately I been feeling regret.
I am not regret about things that I've done.
But things which I have not done.

Lately, I've been going to gym,
Playing sports especially futsal.
And I felt that it was a loss for me.
The fact that I feeling good with myself,
The warmth from others.
The diversion from works that I need.
Turns into regret when I realize that I miss it for the last 5 years.
And  now time is ticking.
And as Imam Al-Ghazali was saying.

"The farthest is your past time"
:
:
:
:
Wish there was time machine to tell this to my past self.

September 29, 2014

As Dull As It Is


Most night, having dinner in front of le lappy,
Watching my favourite variety show for over and over again,
Laughing for the same thing for over and over again,
Like hearing those joke for the first time,
Tune up the volume so that I can;t hear my heart is crying
For the dull life I live.

Why?
Why did I have to live like this?
Me,  myself keep wondering about that.
Maybe I expect to much from the title 'friend(s)'
Am I wrong to expect that much after all the things I've done to value the friendship?
And apparently, the higher your expectation, the bigger the disappointment you'll get.
And that is all I got nowadays. Disappointment.
And that what's make me choose to live like this.






Live a life as dull as it is.

September 18, 2014

Stalker


As a man,
Its hard to differentiate the line between caring and stalking.
You could change from a sweet man into a stalker in the eyes of a woman.
Nowadays, its easy to be look as a stalker.
With Twitter, Instagram and even 4square.
Yes,you could know at least something about someone.
But over use it would turns you into a stalker.
A fact that I just realize a few days back.
I was able to find people just with one hashtag.
But it was accidentally though.

So, just be careful in whatever you are upload online.
Not just woman. Men too.

















-wrote after a talk with gentlemen-

September 7, 2014

Rude


Some buddy of mine told me many peoples hurt because of my words.
So, I look for what kind of words that actually hurt them.
I scrolled for history of my chat through whatsApp.
I try to reflect back what could have I said.
Yes.
Through reflective session.
I have actually spoke some that might hurt someone,
But not through whatsApp.
But through whatsApp and reflection too,
I actually have said several time of apologize.



So, I'm guessing that people see more of other peoples' mistakes than themselves. They tend to point others weakness instead admit theirs.And I have to admit I could hurt someone else cause of my short-temper. But at least, I admitted it. And most of times, even if it's not me cause it, I even say sorry for them. But then, I am also human. So the first sentence of this paragraph applies on me right?

August 31, 2014

Me A Fool.



Yes, I'm a fool.
Draw me a map that leads into your heart.
Forge me a key for me to open it.
Left me clues for what's in there.
Show me signs to make me understand.
And you'll ask why should you?
Because I'm the fool




The fool who loves you.

August 22, 2014

SMS Suzana





Suatu hari Suzana SMS pujaan hatinya, bertanya tentang kedudukannya.
Nak beraya katanya.
Suzana tunggu reply yang diharapnya yang tak tiba-tiba.
Tetapi pujaan hatinya itu SMS dekat kawan Suzana, bertanyakan tentang Suzana.
Mujur kawan Suzana terbagi tau.
Suzanna tak kisah dan buat tak tahu.
Tapi Suzana tak faham.

Kesian Suzanna. Dia keliru.


August 6, 2014

Duble Stended


Seorang murid perempuan telah menepuk bahu aku kerana jenaka yang aku buat.
Tetiba ada la sorang ini menegur mereka jangan duk rapat sangat dengan aku.
Aku terima. Betul. Memang betul.

Tapi mereka lupa, pagi-pagi dan hari-hari sebelumnya.
Budak-budak lelaki berada rapat dengan mereka.
Siap mereka mengetuk kepala bebudak itu.
Aku biar. Mereka yang pakar dalam bidang itu.
Mereka patut lebih sedar.

Apa? Naluri keibuan?
Apa? Kami tak ada naluri kebapaan?

Hurm? Jangan terkejut.
Itu duble stended. Sama parah dengan rasis.
Atau bak kata pepatah,
kuman diseberang nampak, didepan mata tidak.

August 4, 2014

Cepu Emas



Boy tahu dia tak dapat mengelak lagi. Sebelum ni dah tiga kali jadi, dia dapat elak. Sekali mak sedara menyampuk, dia terlepas. Kali kedua dia hanya balas dengan senyuman dia terlepas lagi. Kali ketiga, orang dah mula makan, dia terlepas lagi sekali. Tapi kali ni dia berhadapan seorang diri, one on one orang kata dan Boy tak dapat nak lihat jalan keluar untuk melepaskan diri darinya kali ni. 

Boy tahu pada peringkat umur dia sekarang, situasi macam ni memang biasa. Tapi bila dia situasi begitu jadi dekat dia dan ada ahli keluarga dia dekat dia, Boy sukar untuk membuat jawapan yang selamat. Tambah pula tengah open house rumah sepupu mak dia, semua ahli keluarga dekat situ, kecuaian dalam kata-kata pasti membawa padah.  Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, salah jawapan teruk jadi jenaka. 

"Ada ke tak?" sekali lagi dia ditanya. 

Boy sedar dia tidak dapat lari lagi kali ini. Dalam masa lebih kurang 2 saat, semua jadi perlahan, nafas dia ditarik dalam-dalam, jawapan dia difikir masak-masak, emosi dia distabilkan sebaik mungkin, gugup dia dihilangkan tanpa kesan. Dia tahu, dia hanya ada satu peluang je untuk menentukan nasib dia selepas ni. Silap-silap waktu makan malam karang isu ni timbul balik kerana jawapan yang salah.

" Belum ada lagi..." balas Boy. Ringkas tapi selamat dari pandangan Boy.

"Kenapa tak ada lagi. Nanti dah kerja payah nak cari" suami sepupu mak Boy balas.

"Aish, saya ni muda lagi, cari duit ngan pengalaman dulu"

"Buat la, dah ke Sabah ke Sarawak nanti, kahwin orang sana baru tahu..."balas beliau berjenaka. Beliau ni bukan calang-calang orang, Tuan PPD Kuala Kangsar tahu, suami sepupu mak aku pulak tu. Mentang-mentanglah tahun akhir, dah nak posting tahun depan, isu ini la biasa dia dengar, sama dari kawan-kawan dia dari Twitter tak pun dengan corong telinga dia sendiri. Dah jadi masalah global dah benda ni.

Boy hanya dapat ketawa, menyahut jenaka yang diberikan kepadanya tadi. Boy cedok kuah satay dan dilimpahkannya ke atas 3 cucuk satay dia dah ambik tadi dan berlalu pergi. Dia makan satay tu dengan penuh semangat Aidilfitri. Boy lega, situasi tadi dia selamat, satay pun dia dapat baham. Mulut dilap dengan tisu pink bergumpal. Dia pandang sekeliling dengan penuh rasa kenyang.

Eh, ada orang perasan la situasi tadi! Boy terkejut dalam hati. 

August 3, 2014

Kampung


Kampung.
Well, sejak opah belah ayah kene keluar dari tanah kampung lama, kampung atas pasir, ada pokok kelapa, ladang kutu khinzir dah bertukar kepada sebuah rumah teres.
Suasana kampung tu tak merasa sangat. Kalau merasa pun bila melawat rumah pak-pak sedara ayah.

Belah mak pulak, atuk ngan opah dua-dua dah takda. Rumah pulak bentuk moden. Rumah batu, 3 bilik, 2 jamban. Yang tinggal lalang yang meninggi yang sekali sekala ditebas dan ribunan pokok rambutan yang tidak terjaga. 
Suasana kampung tak merasa sangat.

1 Syawal baru ni Raya Aidilfitri. 2 Syawal beraya di Kuala Kangsar. Hari seterusnya aku beraya mengikut rutin seperti ke rumah Nyang Delo(Nyang Tiri,90), Pah Yang(pembuat popia yang rare), Pah Kechik (yang petah berkata), Tok and Pah Nek(otai kamera, DJ dan kareoke). Tapi apa yang menarik dalam ketidakmenarikan raya kali ini ialah aku telah dingatkan kembali dan menziarahi seorang moyang sedara, Nyak Wok. Melawat rumah dia mengingatkan aku kembali bagaimana suasana kampung yang sekarang hampir terpadam daripada kamus hidup.

Kampungnya tepi Sungai Perak, Masjid Kota Lama pembuka jalan, kiri dan kanan jalan tersusun rapi sebuah ramah kayu lamalama setiap satunya, hampir setiap satunya ada uniknya masing-masing, ada yang ada reban ayam, pokok itu, pokok ini, setiap laman tu pula, rumput tersisir rapi, pelita dan lampu lip lap sedia menanti dinyalakan. Pendek kata definisi kampung yang hanya aku boleh bayangkan. Dalam ziarah sempat juga nikamti suasana, tak lupa juga menarik lensa kamera.



August 2, 2014

Mereka


Mahukan yang matang katanya.
Bila di tunjukkan sikap serius, matang dan rasional,
Dikatakannya pula terlalu skema, lurus dan garang.

Mahukan yang tidak terlalu serius, enjoy, suka bergurau katanya.
Bila bergurau, mengusik dan main-main,
Dikatakannya pula macam budak-budak, tak matang.

Alahai mereka.










*facepalm

August 1, 2014

Intern-Ramadhan-Syawal


Dah hampir sebulan tak menulis.
Sibuk dan letih la katakan...
In short,
Dalam sebulan ni dah banyak perkara berlaku.

Dah dan sedang menjalani intership kat SK Taman Senangan.
Project still on the way though...=='

Dah habis sebulan berpuasa.
Berat tak timbang pun, taknak tau naik ke turun.

Dah habis puasa mesti la raya kan.
Raya paling simple.
Sepupu sebaya ke mentua, kerja dan overseas.
Beraya la dengan budak-budak baru nak up.



Assalamualaikum.

Gamers


"
In life, we always thought
We are the best player on the table,

But we always forgot,
We are not playing at the best table.

 "

July 6, 2014

#Ramadhan: D.T.I-Satu Salah Sangka


Langkah diorak laju.
Takut juga kedai jahit tu sudah tutup.
Habis seluar apa nak pakai pergi internship nanti.
Riuh perarakan India ditengah jalan yang tiada kaitan dengan Ramadhan.
Habis merangkak trafik.
Mata ternampak papan tanda Nasi Kandar Line Clear.

"Sejak bukak semester, tak pekena lagi nasi kandaq. Berbuka dengan ni lah" ujar hati kepada perut.

"Assalamualikum, adik..." ujar seorang lelaki tabligh yang tetiba muncul dihadapan muka dengan slang seberang yang biasa ku dengar.

Langkah terhenti.
Dengan naluri, tangan meraba memegang dompet.
Bukan apa acap kali mendengar cerita,
Si tabligh sang tangan panjang,letak kopiah menyorok tanduk, punya ilmu pukau, minda tak sedar tangan menghulur harta.


Pelbagai soalan diacukan.
Tapi aku tak lari, takut aku yang salah anggap.
Sepatah demi sepatah aku jawab dengan berhati-hati.
Rupanya-rupanya dia seorang buruh dari seberang, yang menjalankan dakwah bagi Masjid Kapitan.

Hampir 15 aku dengar celoteh dia.
Apa yang aku ingat, hanya dua.
Satu, D.T.I- Dakwah, Taklim, Istighfar.
Dua, kenapa kilang, 7E, stesen minyak dibuka 24 jam tapi tidak masjid dan surau.
Diajaknya menyumbang masa, kerana dengan sumbangan masa, ia dibuka 24jam.

Moralnya, tidak salah untuk berhati-hati, untuk menjadi paranoid.
Namun kena berhati-hati jangan sampai dipanggil si buruk sangka.
Aku salam dan berterima kasih kepada dia,
disebalik kekalutan untuk berbuka, ada orang mengingat untuk ingat Dia.



"Saya ingat tak datang dah, tengok, saya dah nak kemas dah." kata tokey kedai jahit.
Mujur.

Material dan Appratus


Lari tajuk sikit dari Ramadhan.
Lawak jugak rasanya.
Melihat perbezaan layanan yang berbeza dari hawa.
Diantara apa yang dikata boyfriend material dengan orang biasa.
Dalam media-media sosial yang dilihat dunia.
Ibarat langit dan bumi dibawahnya.
Yang kacak, yang gagah yang bergaya lain caranya.
Yang biasa-biasa dibalas sepatah sepatah dua.
Walhal, soalannya sama.
Walhal, sahabat yang berada disisi sejak sekian lama.
Dalam jatuh dan bangun dia.
Ah, mungkin lupa.


Mungkin juga aku lupa
Inilah dunia.
Siapalah kita. Eh, sejujurnya, saya.



July 3, 2014

#Ramadhan: Sayings



Today,
I shut down an invitation to iftar from one of my buddies with my one of favourite food.
Shut it down because I thought I was going to iftar with another buddy.
On the last of minutes, the plan to iftar together was cancelled.
So I lost two plans of iftar with buddies.
What flipped me off was, it was without a proper reason.
And when I called, there were no proper answer or trying to make up to it.
Instead, it seems that he was trying to cover it up with a lie. Grrr~
But still I tried to think positive and accept as it is.

Most people know that I used or still am a short temper person.
Most people always told me to be patient and be cool on stuff.
Well, I don't want to be a public enemy, so I tried.
Endured everything, keep everything down below deep in my hearts.
But, most people forgot that there are a saying

"Don't be angry, and don't be the one caused it in another person"

and here the Malay version in case it wasn't clear.

"Jangan marah, dan jangan jadi penyebab kemarahan dalam diri orang lain."




Anyway,
My head was set to iftar on other than the surau's.
So, I end up breakfast alone in my room and it was half hour late.
Alhamdulillah, 5 days done through Ramadhan.



#Ramadhan: All That Matters


Too tired yet too happy.
Scouting in the morning, learning in the afternoon until late evening.
Breaking fast with such amazing,diverse group of people.
Its all worth as stomach filled with food and face smeared with smile at the end of the day.
That is all matter.
What come at the end of the day.
Happy stomach and happy face.



Alhamdulillah. End of 4th of Ramadhan.



The pricey collateral damage wasn't much compare to what I've got.



July 2, 2014

#Ramadhan: Si Pelupa


Nasi briyani siap terhidang bakal dijamah. Ada yang melihat jam, menunggu dengan penuh kesabaran. Ada yang memgang telefon, membaca al-quran. Ada yang ketawa berdekah-dekah, gembira dengan elaun yang masuk. . Hilai tawa memenuhi udara sementara menunggu azan berkemandang. Tidak kurang juga yang menadah tangan, memohon dari yang Maha Pemurah

Ah, lupa pula ia salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Bismillah...

Teringat keluarga dirumah, adik diasrama, Charlie di sangkar, berbuka bersama di meja makan. Alahai, teringin benar berbuka dirumah.

"Allahuakhbar, Allahuakhbar!" azan dilaungkan. Doa berbuka mula disusulkan.


Alhamdulillah. Tamat Ramadhan hari ketiga.

Charlie The Cat. The Youngest of the House.


June 30, 2014

#Ramadhan: The Test That Come Late

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua berbuka di Penang dalam Ramadhan terakhir di IPG KPP dan hari pertama berbuka disurau. Alhamdulillah juga lagi sekali, walaupun dah masuk hari kedua berpuasa ni, masih belum diuji dengan cuaca yang panas seperti minggu-minggu sebelum Ramdhan bermula. Namun, bak kata orang, ujian ni tak semestinya diuji ketika puasa, bila-bila boleh didatangi ujian.

Hari ini ujian datang kepadaku sangat hampir dengan berbuka puasa. Saat dimana seorang sahabat cuba bermain dengan makanan. Yela, kita dah la tengah lapar, dihadapan makanan, ada ke patut main campak-campak benda asing ke arah kawan dia. Kalau masuk makanan macam mana? Darah mula membuak, suara mula meninggi, cuba membuat logik dengan orang dalam keadaan yang dikaburi dengan emosi bukanlah cara yang terbaik.

"Allahuakhbar, allahuakhbar!" azan berkumandang.

Mulut terkunci, mata mencari menunggu orang mengetuai doa untuk berbuka. Dalam keadaan marah masih tidak hilang, doa masih ditadah,  mencapai tamar setelah doa diaminkan. Air diteguk. Alhamdulillah. Tamat hari kedua Ramadhan. Sambil menjamah nasi dan lauk yang dihidang, sambil tu masih berfikir.

Allah, teruk betul, perkara kecik pun boleh hampir bergaduh dengan sahabat, dalam bulan Ramadhan, saat yang hampir waktu berbuka, dihadapan rezeki yang dikurnia. Masih banyak yang perlu diperbaik, bak kata lirik satu lagu tu,

"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna"

Wallahualam.



#Sebagai pesanan kepada diri sendiri dan sahabat yang mungkin membaca:

  1. Kita dah la amik dua cawan air, apa la salah basuh kedua-duanya sekali. Makan pandai, nak basuh malas, basuh untuk orang pun takpa aih, amal jariah tu.
  2. Bulan puasa ni satu latihan yang baik kalau nak berhenti merokok. Cuba, tabahkan hati. InsyaAllah akan diperoleh. Rokok tak baik untuk kesihatan, malahan haram. Bunyi memang pahit dan kejam tapi itu realitinya. Ini time berbuka, makan sesuap dua, asap juga dicarinya. InsyaAllah.


Assalamualaikum.


March 7, 2014

Sweaty Eyes.


"A man might say they sweat through the eye, but they cry inside"

Lama tak ketemu, sekali ketemu setelah ujian dariNya.
Nasihat dari mereka mudah buat mata berkaca.
Masih basah ketika merentas laut atas kuda.
Mata kembali berlopak hanya teringat akan nasihat itu.
Seperti sekarang.
Terlalu lama berpenat.
Terlalu lama berjuang.
Terlalu lama berperang.
Tidak lagi ingat akan kehendak jasad ini.
Allah, beratnya ujian mu.
Allah, berikan kekuatan yang selayaknya.
Allah, ampunkan aku kerana meminta dengan tamaknya.

Proposal The Movie.

”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.”

Itu komen pertama ketika menghantar kertas cadangan tadi. Or at least apa yang pengkaji masih ingat tak mampu lupa.

Wajarkah? Tidaklah nipis, tidaklah cincai, tidaklah serabai. Belum dilihat, sudah berlipat.

Penat lelah, perit jerih keringat dikerah, itu kata-kata sambutan yang diperoleh. Belum diambil kira musibah yang menimpa. Dalam kes pengkaji, ketika dalam proses menyiapkan proses ni,dah siap dalam 85%, laptop rosak. Motherboard kong. Masa yang tinggal dua hari satu malam. Salinan pula tidak dibuat. Perasaan ketika itu Tuhan saja yang tau.  Mujur data boleh recover,namun keadaan menekan, masa mendesak, tarikh mengejar. Alhamdulillah. Tapi ada nak ambil tahu? Tidak. Tak perlu tahu. Tak relevan dalam tinjauan.

”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.”

Seringkali dilihat seperti malas, tidak berkomitmen membuat kerja, namun pahit itu ditelan juga. Mereka yang memegang kuasa, mereka yang berhak menentukan segalanya, perintah perlu dituruti. Namun, pengkaji juga manusia, kenal erti penat, tahu apa yang penting. Budaya kerja sekolah berbeza-beza, kuantiti kelas ganti tak sama, takwim program tak serupa, beban kerja tak setara. Usah dibanding antara kami. Bukan berada dimaktab, semuanya setara, serupa, sama tidak berbeza. Tambahan pula, praktikum tiga kali, tidak pernah sekali mendapat pemerhati yang memberi notis awal.Nahtijahnya, persediaan perlu sentiasa dibuat. Tidak sempat menjenguk apa yang diperintah walau hati kuat ingin menuruti. Dimarahi sering menangguh kerja, tidak mencurah komitmen. Namun berdiri terpacak ditepi kereta tatkala tiba waktunya.

”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.”

Apa yang diminta tak banyak, empati. Rumah bukan dekat, trafik sentiasa berat, badan bukan selalu kuat, kerja sentiasa berat, sumber kajian tak sarat. Empati sahaja yang mampu menjadikan semua itu dekat, ringan dan kudrat. Cuma empati.
Ya,panjang menulis. Apa isunya? Refleksi panjang berjela. Tinjaun satu tak ada. Pengkaji hanya mahu berkongsi. Hanya mahu meluahkan. Wahai adik-adik,nimati masa yang ada. Hidup bukan sentiasa adil, hidup bukan seperti yang kita rancangkan, bukan seperti yang kita mahukan, bukan seperti yang kita bayangkan. Kita sentiasa pasti bahawa apa yang kita lalui paling buruk, paling teruk, paling berat untuk dipikul. Namun ingatlah, mungkin ada yang diluar sana mengalami yang lebih teruk. Pengkaji juga cuba sedaya upaya mengingati diri sendiri. Isu ini mungkin bukan sebesar isu PBS,tidak isu liwat, tidak sehebat isu bantuan, namun cebisan hidup kecil yang dikongsikan.
Moga terus diberi kekuatan.

”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.” Hurm.....
 #dramaking  #over

January 12, 2014

Sin of A Hero


Again, my trust and friendship was tremble upon a challenge.
To gain the respect,
to make the memories
to fill the final years.
Betrayal and lies was right into my face, again.
The rage that I can never contain.
The patience that was limited before.
Some harsh thought put into words in haste. 
Some were cage in the depth of heart.
In any ways, I was wounded.
The humiliation I gain,
the wait which I always hate,
the chase that I always initiate,
left out was all I get.
Try.
Just try to imagine.
Leading such live in such prison,
built with words and thoughtless acts,
 alone in the room along the years,
with a hole in heart to fill with the special one,
yet being betrayed, no, bullied by the so-called buddies.
Again.
Do realize.
It;s final year of attempting to build such memories entering adulthood.
Before I have ride, in years before.
Being left out.
While all spend youth in such adventure.
Now with a ride to get on,
Still here, being left out.
Again. Alone
In the prison of thoughtless acts of yours.
Yet, people demand for me to keep calm.
Keep being the good guy.
Keep your cool and such little patience in heart.
I'm not that strong. 
All I was able to do is keep asking my self.


"What sin have I committed to anyone that I deserve to get punish like this?




2014



It's almost two weeks into 2014.
I already been able to fore see the future of this year.
It's going to be busy.
Praktikum, AR, Thesis, assignment.
May Allah ease everything.
And may everything ease by him.


Inshaa Allah.