August 31, 2014

Me A Fool.



Yes, I'm a fool.
Draw me a map that leads into your heart.
Forge me a key for me to open it.
Left me clues for what's in there.
Show me signs to make me understand.
And you'll ask why should you?
Because I'm the fool




The fool who loves you.

August 22, 2014

SMS Suzana





Suatu hari Suzana SMS pujaan hatinya, bertanya tentang kedudukannya.
Nak beraya katanya.
Suzana tunggu reply yang diharapnya yang tak tiba-tiba.
Tetapi pujaan hatinya itu SMS dekat kawan Suzana, bertanyakan tentang Suzana.
Mujur kawan Suzana terbagi tau.
Suzanna tak kisah dan buat tak tahu.
Tapi Suzana tak faham.

Kesian Suzanna. Dia keliru.


August 6, 2014

Duble Stended


Seorang murid perempuan telah menepuk bahu aku kerana jenaka yang aku buat.
Tetiba ada la sorang ini menegur mereka jangan duk rapat sangat dengan aku.
Aku terima. Betul. Memang betul.

Tapi mereka lupa, pagi-pagi dan hari-hari sebelumnya.
Budak-budak lelaki berada rapat dengan mereka.
Siap mereka mengetuk kepala bebudak itu.
Aku biar. Mereka yang pakar dalam bidang itu.
Mereka patut lebih sedar.

Apa? Naluri keibuan?
Apa? Kami tak ada naluri kebapaan?

Hurm? Jangan terkejut.
Itu duble stended. Sama parah dengan rasis.
Atau bak kata pepatah,
kuman diseberang nampak, didepan mata tidak.

August 4, 2014

Cepu Emas



Boy tahu dia tak dapat mengelak lagi. Sebelum ni dah tiga kali jadi, dia dapat elak. Sekali mak sedara menyampuk, dia terlepas. Kali kedua dia hanya balas dengan senyuman dia terlepas lagi. Kali ketiga, orang dah mula makan, dia terlepas lagi sekali. Tapi kali ni dia berhadapan seorang diri, one on one orang kata dan Boy tak dapat nak lihat jalan keluar untuk melepaskan diri darinya kali ni. 

Boy tahu pada peringkat umur dia sekarang, situasi macam ni memang biasa. Tapi bila dia situasi begitu jadi dekat dia dan ada ahli keluarga dia dekat dia, Boy sukar untuk membuat jawapan yang selamat. Tambah pula tengah open house rumah sepupu mak dia, semua ahli keluarga dekat situ, kecuaian dalam kata-kata pasti membawa padah.  Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, salah jawapan teruk jadi jenaka. 

"Ada ke tak?" sekali lagi dia ditanya. 

Boy sedar dia tidak dapat lari lagi kali ini. Dalam masa lebih kurang 2 saat, semua jadi perlahan, nafas dia ditarik dalam-dalam, jawapan dia difikir masak-masak, emosi dia distabilkan sebaik mungkin, gugup dia dihilangkan tanpa kesan. Dia tahu, dia hanya ada satu peluang je untuk menentukan nasib dia selepas ni. Silap-silap waktu makan malam karang isu ni timbul balik kerana jawapan yang salah.

" Belum ada lagi..." balas Boy. Ringkas tapi selamat dari pandangan Boy.

"Kenapa tak ada lagi. Nanti dah kerja payah nak cari" suami sepupu mak Boy balas.

"Aish, saya ni muda lagi, cari duit ngan pengalaman dulu"

"Buat la, dah ke Sabah ke Sarawak nanti, kahwin orang sana baru tahu..."balas beliau berjenaka. Beliau ni bukan calang-calang orang, Tuan PPD Kuala Kangsar tahu, suami sepupu mak aku pulak tu. Mentang-mentanglah tahun akhir, dah nak posting tahun depan, isu ini la biasa dia dengar, sama dari kawan-kawan dia dari Twitter tak pun dengan corong telinga dia sendiri. Dah jadi masalah global dah benda ni.

Boy hanya dapat ketawa, menyahut jenaka yang diberikan kepadanya tadi. Boy cedok kuah satay dan dilimpahkannya ke atas 3 cucuk satay dia dah ambik tadi dan berlalu pergi. Dia makan satay tu dengan penuh semangat Aidilfitri. Boy lega, situasi tadi dia selamat, satay pun dia dapat baham. Mulut dilap dengan tisu pink bergumpal. Dia pandang sekeliling dengan penuh rasa kenyang.

Eh, ada orang perasan la situasi tadi! Boy terkejut dalam hati. 

August 3, 2014

Kampung


Kampung.
Well, sejak opah belah ayah kene keluar dari tanah kampung lama, kampung atas pasir, ada pokok kelapa, ladang kutu khinzir dah bertukar kepada sebuah rumah teres.
Suasana kampung tu tak merasa sangat. Kalau merasa pun bila melawat rumah pak-pak sedara ayah.

Belah mak pulak, atuk ngan opah dua-dua dah takda. Rumah pulak bentuk moden. Rumah batu, 3 bilik, 2 jamban. Yang tinggal lalang yang meninggi yang sekali sekala ditebas dan ribunan pokok rambutan yang tidak terjaga. 
Suasana kampung tak merasa sangat.

1 Syawal baru ni Raya Aidilfitri. 2 Syawal beraya di Kuala Kangsar. Hari seterusnya aku beraya mengikut rutin seperti ke rumah Nyang Delo(Nyang Tiri,90), Pah Yang(pembuat popia yang rare), Pah Kechik (yang petah berkata), Tok and Pah Nek(otai kamera, DJ dan kareoke). Tapi apa yang menarik dalam ketidakmenarikan raya kali ini ialah aku telah dingatkan kembali dan menziarahi seorang moyang sedara, Nyak Wok. Melawat rumah dia mengingatkan aku kembali bagaimana suasana kampung yang sekarang hampir terpadam daripada kamus hidup.

Kampungnya tepi Sungai Perak, Masjid Kota Lama pembuka jalan, kiri dan kanan jalan tersusun rapi sebuah ramah kayu lamalama setiap satunya, hampir setiap satunya ada uniknya masing-masing, ada yang ada reban ayam, pokok itu, pokok ini, setiap laman tu pula, rumput tersisir rapi, pelita dan lampu lip lap sedia menanti dinyalakan. Pendek kata definisi kampung yang hanya aku boleh bayangkan. Dalam ziarah sempat juga nikamti suasana, tak lupa juga menarik lensa kamera.



August 2, 2014

Mereka


Mahukan yang matang katanya.
Bila di tunjukkan sikap serius, matang dan rasional,
Dikatakannya pula terlalu skema, lurus dan garang.

Mahukan yang tidak terlalu serius, enjoy, suka bergurau katanya.
Bila bergurau, mengusik dan main-main,
Dikatakannya pula macam budak-budak, tak matang.

Alahai mereka.










*facepalm

August 1, 2014

Intern-Ramadhan-Syawal


Dah hampir sebulan tak menulis.
Sibuk dan letih la katakan...
In short,
Dalam sebulan ni dah banyak perkara berlaku.

Dah dan sedang menjalani intership kat SK Taman Senangan.
Project still on the way though...=='

Dah habis sebulan berpuasa.
Berat tak timbang pun, taknak tau naik ke turun.

Dah habis puasa mesti la raya kan.
Raya paling simple.
Sepupu sebaya ke mentua, kerja dan overseas.
Beraya la dengan budak-budak baru nak up.



Assalamualaikum.

Gamers


"
In life, we always thought
We are the best player on the table,

But we always forgot,
We are not playing at the best table.

 "