November 28, 2011

Nyawaku Diatas Seutas Tali Besi

Aku tak tipu. aku sekeluarga telah meletakkan kepercayaan kami atas seutas tali besi yang manusia panggil kabel. kalau jatuh dalam sungai takpa. ini nak merentasi dua puncak bukit. tingginya tak terkira, angin kuat bukan kepalang, hanya doa yang mampu ditadahkan. pui Gunung Mat Cincang.

ya. aku baru balik langkawi. gunung mat cincang telah aku terokai. kali kedua aku disana, pemandangan tetap takjub membuat aku tak terkata. tambah pula dengan lensa di tangan, aku sibuk merakam ingatan menjadi kenangan.


ingatkan waktu naik angin kuat, bila nak turun dalam pukul 6.50 petang, angin lagi kuat. gondola memang bergoncang ke kiri dan ke kanan dalam sudut 20 macam tu... tak pernah aku rase secemas tu. nasib baik dah gelap... kalo nampak bawah mau terkucil aku dalam gondola tu.







"Ia mampu mencincang keyakinan dan keberanian seseorang~"

November 27, 2011

Kalah juga menang.

Malaysia kalah dengan Bahrain. Dari 2-0 leading, dalam masa 6 minit terus 3 gol meledak masuk ke dalam gawang gol malaysia. Bagi aku, Harimau Malaysia mungkin kalah perlawanan tadi, tapi mereka telah menang dengan semangat juang yang tinggi sejak awal permainan tadi. banyak yang menarik gak tadi. Nazmi jadi hero playmaker yang stylo, walaupun subs tapi banyak cubaan yang cantik. Alhamdulillah....

2 gol tanpa penyerang utama? tak payah nak bising la Bahrain woi!


selamanya~~Harimau Malaysia~~





"cis, menyesal aku kutuk indon dalam entri yang lepas"


November 22, 2011

Kisah Epik Harimau dan Garuda.

Ini bukan kisah teladan. kisah teladan dalam buku cerita kanak-kanak. Ini cerita benar.

Malam tu penuh dugaan. Harimau telah tercedera dahulu di awal pertarungan. Namun tidak terlintas di kepala mereka yang mereka akan mengalah. Harimau terus bertarung dengan taring dan cakar yang ada menentang si garuda merah. cakar demi cakar, sambar demi sambar akhirnya harimau berjaya mencakar garuda.

Harapan kembali cerah. semangat semakin membara. namun harimau dan sama-sama kuat. sama-sama ganas. hanya semangat yang kental akan kekal hidup di medan pertempuran dan mengisytiharkan kemenangan. setelah bertarung 120 minit, kedua-dua harimau dan garuda masih berdiri gagah. akhirnya setelah kedua-dua tidak mengalah, pertarungan dibawa sesi face-to-face.

Pertarungan ini cukup epic. ada cakaran harimau  yang berjaya ditepis si garuda dan ada sambaran garuda berjaya mencederakan sang harimau. namun, akhirnya sang garuda tumpas di taring sang harimau. apa yang lebih memilukan,si garuda tewas di tanah sendiri. si garuda terduduk bertongkatkan paruh, sang harumau melompat ke langit tinggi.Harimau telah melompat tinggi membaham si garuda.

sekian cerita epik yang tak berapa epik ini.

Tahniah Harimau Malaya.

"Harimau telah melompat tinggi membaham si garuda.auummmm!"
-ikhsan dari google-








"Tahniah buat Malaysia yang berjaya menundukkan Indonesia! 
Harimau masih Raja Rimba! Aummm!~"

November 21, 2011

Harimau vs Garuda. Why so serious?

Lagu Black and Yellow nyanyia asal Wiz Khalifa semakin kerap aku dengar dari radio. tambah-tambah final bola hari ni. dalam dunia sekarang, bola sepak ni sukan paling penting. melibatkan maruah. melibatkan bola pusaka macam dalam filem Libas.pui!

tambah-tambah bila finalnya Indonesia vs Malaysia. peh. cukup sensitif.  sampai terpaksa naik baracudda. tu game dalam kumpulan, belum final ni. entah2 esok naik kete kebal sorang satu sebab coach kita tadi dah cakap dalam TV3 taknak naik baracuda dah. peh bawak balik pingat emas naik tanker, macho kowt~

sejajar dengan itu, muncul juga dengan pelbagai group, gambar, mesej komen dan bla3 yang sangat tidak senonoh dan yang paling tak boleh blah berita kat yahoo news yang bertajuk "INDONESIA BEATS MALAYSIA IN SEA GAMES FOOTBALL FINAL". wth? belum lawan dah menang? n that is what i called a desperate moves~


nama cencored.bukan lucah. dia kawan aku.

seriously, why so serious?

kalah menang adat permainan. memang la akan ada yang membenci kepada kemenangan lawan. tak salah pasal itu. tapi tak perlu la sampai nak melibatkan hal-hal lain. malaysia tiru budaya indonesia la, indonesian datang malaysia jadi pengemis  n bla3....

seriously, perlu ke?

kalo yang kalah tu marah its normal. tapi kita rakyat malaysia yang menang ni tak perlu la burukkan nama malaysia dengan membalas komen yang sangat tidak macho dan sangat tak matured. kita just perlu senyum sinis ramai2 cukup. baru nampak champion walaupu kalau jika kita kalah esok. tak perlu nak bawak tanker dan nai barracuda sume.

seriously, tak ke bodoh namenye berperang bergaduh bagai sebab bola sepak?

kepada indonesians yang baca blog aku.(mamat ni bajet ada plak yang readers international baca blog die..pui!) seriously, jangan karena sports lue maluin negara lue, dan bergaduh sama malaysia. its just a sport. dont be so fanatic, loonatic and frantic. tengok video bawah ni. enggak malukah?













"Seriously, why so serious?"



November 20, 2011

Nombor ajaib 911119~

911119-sembilan belas november sembilan belas sembilan puluh satu. entah berapa ramai meleis yang ada nombor depan ic sama macam aku. setakat 20 tahun yang aku hidup baru sekali aku jumpa nombor ic yang sama. mamat tu tiru aku la tu. kepada 911119-ers diluar sana, selamat hari jadi jugak! bangga la korang tiru aku tapi aku tak kisah

Hari ini genap umur aku 20 tahun. Alhamdulillah. Lumrah hidup zaman canggih, semua orang ucap melalui facebook termasuk adik aku. ada 2 orang yang ucap melalui handphone. oldskool betol. tapi aku lebih suka cara oldskool tambah orang yang hantar tu ....... tapi semua aku hargai semua yang ucapkan kepada aku..terima kasih Mark Zuckerberg sebab ingatkan mereka.

dari 60+...terima kasih beb~

sejak aku ada sijil lahir, tak pernah sekali pown aku sambut birthday dengan kawan. sebab tarikh ni biasanya sekolah dah cuti. paling maksima pown dah 5 hari cuti. tak sempat nak sambut dengan kawan. pernah sekali tu dan sekali tu je, aku sambut birthday aku 3 hari lebih awal. sebab nak sangat sambut dengan kawan. waktu tu darjah 5 kalau tak silap. bukan ada jamuan makan kek ape, cuma bagi sumi dengan coklat bola je waktu tu, . bukan macam sekarang, Ferrero Rocher...~

bila dikenangkan balik sepanjang 20 kali aku bertemu dengan tarikh ni... ada 1 yang aku tak dapat lupakan... 19.11.2010- aku beli motor baru dan eksiden pada hari yang sama dengan motor yang sama balik dari kedai tempat moto ni dibeli. epic sungguh~








"Limit gelaran ramaja sampai 21 tahun. Aku muda lagi la!"



November 18, 2011

PM Najib tahu kisah aku.

berdasarkan kisah sebenar.

hari ni paper last exam bagi semester 2 tahun pertama bersamaan 5 semester aku kat sini. paper hari ini cukup was-was. amik exam subjek yang tidak pernah berlajar. hanya pengalaman yang membinmbing. chewah. cukup pasal paper exam.

sambil tersenyum aku tulis esei tadi sampai hampir kejang jari pegang pen. tulis tak banyak mana pon. pegang je yang lebih. tengok perempuan sebelah, tulis lagi banyak tapi tangan steady je. ntah senaman apa yang dibuat waktu petang. tepat 4.15. semua dah lengkap. mental dah set nak main PES '12. benang mula dicari.

"cilakak" bisik hati aku. lubang kertas takda la pulak. pengawas bawak penebuk nun jauh kebelakang. kalo tak ikat tak boleh keluar. dah siap ikat kene sebelum 4.30. kalo tak duk diam dalam dewan. apa punye peraturan entah nak tunggu sampai pukul 5 pulak baru boleh keluar. masa itu emas tau tak woi! sampai turn aku cukup2 ada 7-8 minit. lubang ditebuk.

"cilakak" bisik hati aku kali kedua. ikatan ni yang menjadi halangan aku. cukup lengkap. benang pendek dan jari besar. pengawas tersenyum menambah tekanan. nyaris berpeluh. pui! siap je ikatan. "Jam kat depan ni dah tunjuk 4.30. jadi pelajar tak boleh keluar sehigga pukul 5". baru aku sedar jam di dinding tak sama jam yang diletak di kerusi. jam di kerusi yang digunakan pengawas. aku patah hati.

aku duduk tersandar. mata tengok kiri, kanan, depan, fikir nak buat apa sampai pukul 5. aku nampak 1 gambar di dinding depan kiri dewan. die tersenyum. Macam tau je kisah aku.


lebih kurang gambar ini la. cukup sinis senyum dia. 

November 15, 2011

18SX: Tak cukup perempuan ke kat dunia ni?

Tak tau la apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. makin lama makin tak senonoh, tapi siapa pown tak kisah dengan ketidaksenonohan manusia. tadi ada insan yang masih kemanusiaan yang share satu gambar pasal hubungan Gay. Aku jumpe gambar2 ni dari group INI.. ada yang dah sound, ada yang dah share, ada yang dah report. tapi rau apa alasan diorang na balas sume benda tu?

Perempuan tak cukup.

Perempuan rejek cinta mereka tapi lelaki tidak.

Seksualiti Merdeka.

Dah ditentukan Tuhan.

Hanya Tuhan saja yang layak menilai mereka.


AMARAN: JANGAN TENGOK GAMBAR NI KALAU TENGAH STUDY ATAU MAKAN.











last ni bdak Penang ajak g QB. Sapa free?








"Habis hilang ilmu pedagogi aku nak guna esok.Pui.""


P/s: Tolong la share pasal group ni and suruh report kat Facebook. G kat group tu n  kat bawah sekali ada pasal report group. that is the least we all can do. 

November 6, 2011

18SG: Apabila Along Tak Balik Raya.

"Jat mari belah sini! Duk atas kaki lembu ni!" jerit Jawe Ganu kepada aku yang berada kat tepi. Seperti insan yang baru mendapat seruan Illahi, aku lantas masuk ke dalam kekecohan pertarungan berdarah di Bukit Combee. Tanpa membuang masa aku buat seperti yang diarahkan.

Sebilah parang datang menyusul diiringi dengan laungan Allahuakhbar. Baru aku perasan, aku duduk di atas kaki hadapan -hampir dengan tengkuk lembu dan mengahadap lembu terbabit. Kaki lembu tersebut cuba bergerak tatkala parang tersebut memutuskan uratnya. Darah memercik-mercik, mengalir ke dalam lubang. Masing-masing bertenang sejenak, tunggu si lembu lemah tidak mampu bergerak. Merasakan die semakin lemah, masing-masing mula melepaskan pegangan dan aku bingkas bangun. Takut kene tendang.

Pertarungan kedua tamat. selut dan tanah berada dikaki dan seluar. titisan percikan darah berada ditangan bukan kepalang. Macam baru balik perang dari bendang.

Pertarungan ketiga sehingga kelima terus menyaksikan pertumpahan darah. Bersama dengan Din Ganu, Abe Pahang, Azman Suki yang dipimpin oleh Che Yusoff dan Rosli HEP dan lain2. Tugas kami diperbatasan berakhir tanpa masalah. Masing-masing lega dan puas. Luka dikaki dan tangan diubat dengan kepuasan menjamah juadah makan tengah hari tadi.

Ini merupakan pengalamn pertama yang sedekimian aku alami. Sepanjang 20 tahun aku bernafas, biasanya ada saja orang yang lebih tua akan melakukan semua ini. Aku hanya berada ditepi potong daging dan sayur seperti seorang anak dara. Tapi kini aku rasa aku telah menjadi lelaki sejati. Ya. Walaupun lambat, asal selamat. Ini juga pertama kali aku beraya di perantauan sama seperti Fatin Liyana yang masuk paper.(sini) sedih jugak tak dapat jamah rendang ayam ibu bersama ketupar daun palas. tapi tak sia-sia jugak aku tak balik. lebih-lebih buat BBQ pulak malam ni. peh. Alhamdulillah. Salam Aidiladha!

Pasukan Khas Penumbang Lembu Cawangan Bukit Combee.
(tengok kaki kanan gua.bukti kukuh gua bergusti dengan lembu)







"Rain.Sweat.Blood.TaikLembu."

November 3, 2011

Dulu Poke, Sekarang DiTag. Dan iTag U!

Tagged by Mira Fariha


Rules
1. Each person must post 11 things randomly about themselves.
2. Answer the questions the tagger has set for you in their post and create 11 new questions.
3. Tag 11 persons and link them to the post.
4. Go to their page and tell them you have tagged her.
5. No tags back!     

11 things about myself
1. Bagi yang tak pernah nampak aku, aku seorang yang CTC- Chubby Tapi Chumel(Amin...)
2. Seorang sulung dari 3 siblings.
3.Seorang Otaku(fans of manga and anime) amatur.
4. Hot-tempered, tapi senang cool(trying).
5. Impian nak melawat Japan sejak Form 1 dan Korea sejak 2 minggu yang lepas.
6. Suka jalan-jalan sorang2 hujug minggu.(xda awek nak teman.)
7. Seorang control-freak.
8. Pernah lalui 2 pembedahan di kawasan atas kedua-dua buah pinggang.
9. Suke muzik tak kisah genre atau rentak.
10.Seorang fans of minimalist art and minat photograph n grafik.
11.Pernah tolak 13 tawaran untuk kapel dengan 13 gadis berbeza dalam masa 13 hari berturut-turut.




11 questions from Mira fariha



1. Best tak main tag2 ? reason(s)?
-letih tapi agak seronok coz tetibe refelct diri sebab nak jawab soalan sehinga senyum seorang diri.

2. Pernah dating? Berapa kali? Best ke?
-tak pernah. seperti yang telah dinyatakan diatas, pernah tolak 13 confession dari 13 girls yang berbeza dalam tempoh 13 hari berturut-turut. itu tipu yang riak.jawapan sebenar: tak pernah, tak sampai jodoh.

3. Azam untuk next year?
-nak kurus sikit n be a better man!

4. Siapa orang gila yang pernah anda jumpa (kalaulah) ?
-seorang sahabat lama bernama Ditto(bukan nama sebenar). cukup gila. e.g: pernah sembur fire extinguisher ke dalam tandas yang ada orang berak.

5. Anda rasa anda hensem ke cantik ke or hodoh? JUJUR! Kenapa anda rasa macam tu?
-everybody is not perfect. honestly, sebagi seorang manusia, aku sentiasa rasa ada kekurangan. my body yang ganteng ni perhaps?

6. Kalaulah ada kelebihan, kelebihan apa yang anda nak? (cth : kelebihan empathy) why?
-nak kelebihan untuk mempunyai pelbagai kebolehan seperti memasak, menyanyi dan menari macam Kpop, berpidato, power dalam flirting, berdispilin patuh diet n etc....tak poyo kan?

7. Tarikh perkahwinan dalam hidup?
-tak ditetapkan lagi. hujung tahun 2014 mungkin?

8. Nama femes/ feveret anda?
- Boy. sejak sekolah menengah orang panggil tu. asal nama keboy. asal nama lagi panjang - kesekepamgikubatakbabahinbannahpedungboy...................dan bersambung lagi. thanx to frankie for the name.

9. Nama orang yang anda sayang sangat2 selain keluarga?
-Charlie(my big fat cat)
-Miss M

10. Pernah sakitkan hati kawan baik sendiri tak? Apa jadi?
-pernah. kawan baik since Darjah 3. Sampai sekolah menengah which is a SBP, die kene FITNAH curi phone n as we all live in brotherhood, die kene hukum.  dan aku tak buat apa2. put the blame on me bro!

11. Apa perkara “gila” or “yang tak masuk akal” yang pernah anda buat?
-since sem 1 hingga sem 3, jari pernah terbakar  coz main api untuk test "backfire" nak release tension. setiap kali dekat nak exam buat macam tu. taun ni rasa nak main hair wax-spray with lighters.

11 Questions for the Lucky 11.


1. Iklhas tak nak balas tag?
2.Perkara paling romantik pernah buat?
3. Perkara paling bodoh/ gila yang pernah dibuat?
4.Nama first crush?
5. Apa  yang patut aku buat dengan blog aku ni?
6. Kalau kaya nak buat apa?
7. Kalau terkandas dipulau terbiar, dengan siapa yang ko nak terkandas? (nama 3 orang kawan)
8.Ciri soulmate yang diimpikan?
9. Apa sebab korang blogging?
10.Berikan 2 kelebihan dan 2 kekurangan aku.
11. Will u marry me? why?!


*soalan random selepas penat study. harap maklum.




11 Most Lucky Person On The Worlds


*kalo sayang jawab~ TQ.