November 6, 2011

18SG: Apabila Along Tak Balik Raya.

"Jat mari belah sini! Duk atas kaki lembu ni!" jerit Jawe Ganu kepada aku yang berada kat tepi. Seperti insan yang baru mendapat seruan Illahi, aku lantas masuk ke dalam kekecohan pertarungan berdarah di Bukit Combee. Tanpa membuang masa aku buat seperti yang diarahkan.

Sebilah parang datang menyusul diiringi dengan laungan Allahuakhbar. Baru aku perasan, aku duduk di atas kaki hadapan -hampir dengan tengkuk lembu dan mengahadap lembu terbabit. Kaki lembu tersebut cuba bergerak tatkala parang tersebut memutuskan uratnya. Darah memercik-mercik, mengalir ke dalam lubang. Masing-masing bertenang sejenak, tunggu si lembu lemah tidak mampu bergerak. Merasakan die semakin lemah, masing-masing mula melepaskan pegangan dan aku bingkas bangun. Takut kene tendang.

Pertarungan kedua tamat. selut dan tanah berada dikaki dan seluar. titisan percikan darah berada ditangan bukan kepalang. Macam baru balik perang dari bendang.

Pertarungan ketiga sehingga kelima terus menyaksikan pertumpahan darah. Bersama dengan Din Ganu, Abe Pahang, Azman Suki yang dipimpin oleh Che Yusoff dan Rosli HEP dan lain2. Tugas kami diperbatasan berakhir tanpa masalah. Masing-masing lega dan puas. Luka dikaki dan tangan diubat dengan kepuasan menjamah juadah makan tengah hari tadi.

Ini merupakan pengalamn pertama yang sedekimian aku alami. Sepanjang 20 tahun aku bernafas, biasanya ada saja orang yang lebih tua akan melakukan semua ini. Aku hanya berada ditepi potong daging dan sayur seperti seorang anak dara. Tapi kini aku rasa aku telah menjadi lelaki sejati. Ya. Walaupun lambat, asal selamat. Ini juga pertama kali aku beraya di perantauan sama seperti Fatin Liyana yang masuk paper.(sini) sedih jugak tak dapat jamah rendang ayam ibu bersama ketupar daun palas. tapi tak sia-sia jugak aku tak balik. lebih-lebih buat BBQ pulak malam ni. peh. Alhamdulillah. Salam Aidiladha!

Pasukan Khas Penumbang Lembu Cawangan Bukit Combee.
(tengok kaki kanan gua.bukti kukuh gua bergusti dengan lembu)







"Rain.Sweat.Blood.TaikLembu."

1 comment :