January 24, 2012

Plastic Surgery

Amboi, ingat aku buat plastic surgery betoi ka? aku tau aku tak sehensem mana, tapi aku masih comel. Tahun 2012, aku  hadiahkan blog aku rupa baru dengan harapan tahun ini lebih versatil dari tahun-tahun sebelumnya. aku tahu ia sememangnya tak sempurna terutamanya post background. harap komen pembaca (macam ada orang baca je) untuk memberi komen yang membina. ce cite!


 +
=

Kehilangan

Kita akan lebih menghargai sesuatu selepas kehilangannya. Its reality. Sejak aku balik cuti CNY ni, baru hari ni dapat online. Hidup tak tenteram, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, berak tak keluar. Macam mat dadah kehilangan tahi dadahnya, Adam kehilangan Hawanya, intan yang hilang berliannya, hidup aku serba kekurangan. Orang kata yang pahit itu ubat. mungkin ini ubatnya bagi aku yang memang kaki online tak kira masa.


The Scream


#MembebelTakTentuHala

January 14, 2012

January's Fortnight

Today is January 14.


Yesterday was Friday The 13. Yes it was. Luckily no Jason.


Balik dari Hammerbay tadi aku lepak seat belakang. tingkap kereta kancil hijau muda itu dibuka sedikit. angin yang masuk memukul muka aku perlahan-lahan. rambut pendek aku mula melambai-lambai. sekali-sekala muka aku dicurahi cahaya lampu jalan. diselang-selikan pula dengan kegelapan malam. keempat-empat penumpang senyap sejak masuk kereta. kenyang agaknya. hanya lagu Yuna dari corong radio kedengaran. tika ini, fikiran aku mula melayang memikirkan perjalan 2 minggu dalam tahun ini.

segalanya mula bermain difikiran aku. dari buku fizik mahal ke ikatan manuk terus ke khabar keluarga dirumah entah sihat atau tidak. semuanya bermain difikiran aku. aku terfikir apa yang telah buat untuk hidup aku dalam 2 minggu ini? macam masih ada yang masih kosong, yang hanya tunggu untuk dipenuhkan. setakat hanya memilik kotak perangkap cahaya hitam mahal pun tiada guna. teman-teman masing-maing ada konflik. sekurang-kurangnyahidup mereka diwarnai. aku? cuma kosong. tiada konflik, tiada yang memuaskan. tiada juga yang boleh dibuat pengajaran mahupun pengalaman. aku bosan.

selekoh tajam simpang Tesco menamatkan lamunan aku. aku betukan kedudukan aku. sakit pinggang jugak rupanya jika salah duduk lepas makan. moga masa-masa yang akan datang akan lebih bermakna buat aku. walaupun aku mungkin tidak akan menyukainya namun aku tahu Dia mempunya perancangan yang terbaik buat aku. siapa aku untuk mempersoal. hanya mampu berdoa.Wallahualam.



Masjid Kapitan-Penang 7/01



January 5, 2012

Hadiah.

Done attached!

Terima kasih. Tak sangka hari ini aku terima hadiah hari jadi walaupun dah hampir 2 bulan hari jadi aku lepas. terharu pun ada. lawak pun ada. bercampur baur. macam rojak. tapi last-last sedap. Tapi aku tertanya-tanya, ayam atau helang. jika ayam mana balungnya, jika helang semacam ekornya. entah la, aku tak pun tak tahu. dan aku tak nak tahu.

aku tak ingat bile last aku terima hadiah hari jadi secara lahiriah dari seorang kawan. mungkin tak pernah. hey, no offense ok. hari jadi dalam cuti sekolah hancurkan peluang aku untuk jumpa kawan. kawan pulak biar beribu kan? susah nak ingat hari jadi setiap seorang kawan. mujur ada facebook.  terima kasih facebook terima kasih kawan. hadiah yang terbang dari jauh dari seberang ini akan aku hargai. terima kasih.




"ありがとう"





January 3, 2012

Bilik 303: Satu Permulaan

Sapa masih ingat filem blok 404,  Kem 505,  Zon 606 ngan Skrip 7707? Entah zaman biler punya filem aku pun tak ingat. tapi filem-filem  ada jugak bagi semangat aku lemah sekali sekala. zaman tu la. sekarang aku dah besar woi! tapi masih ada perasaan takut jugak la. tak boleh riak. entah apa yang jadi malam pertama malam ni.


Dasar otak kuning! yang aku maksudkan malam pertama di bilik baru. Bilik 303. Amacam, ada angker tak nombor bilik gua? Aku pun tak tak tahu la. Aku dengar tuan bilik ni dulu dua-dua sama legend yang menjadi bualan semua anak gadis bukit Combee. misteri sungguh. 

Moga-moga tiada apa yang terjadi malam ni dan malam-malam yang seterusnya. lokasinya pun cukup tinggi untuk gayat ketar lutut. air perahan baju pun amik masa 60 saat nak sampai ke tanah. cukup tinggi. malam ni saja pun dah hampir 3 kali blackout. mujur  tak silap seluar turun kafe beli makanan tadi.

Pintu bilik gua. Pakai kad matrik nak masuk. Canggih.








p/s: 13.6 pengunjung pertama bilik gua akan dapat hadiah misteri.


January 1, 2012

Selamat Tahun Baru Adam Adli!!!

Selamat Tahun Baru. Happy New Year. Semalam merupakan sambutan tahun baru paling tinggi yang pernah aku lakukan. Sambut kat Cameron Highland... Dengan family ok. bukan dengan sape2 yang bukan muhrim. Anyway, baru hari ni aku dapat online balik. Most of the thing i saw today was about those people who being bashed by FRU at UPSI.

serius aku tak photoshop gambar ni. aku amik dari Google je. Sumpah!

Aku tak nak sentuh lebih2. kawan-kawan aku pun banyak berbeza pandangan politik. aku hormati pandangan masing-masing. Tapi aku nak cakap la, ada beza berani dan bodoh. jangan terlalu berani sampai jadi bodoh, tapi jangan jadi terlalu bodoh sampai jadi penakut.

Kita ni masih diperingkat belajar, umur tak sampai 30. terlalu muda untuk menerima tempias politik ni.kita amik iktibar dari kes UPSI ni. aku tak kata takyah amik tahu langsung pasal politik ni. kita sebagai student cukup la sekadar amik tahu. tak perlu  terlalu ikutkan hati dan emosi. tak perlu terlalu berani. tak perlu menjadi hero. cukuplah sekadar membenci selemah-lemah iman. 

Tun Mahathir penah cakap, ramai orang Melayu  yang terlalu ghairah untuk berpolitik. ayat tu cukup ringkas tapi menunjukkan kebenaran yang telah dibutakan. aku tengok tak ramai anak muda cina yang aggresif berpolitik pada usia muda. most of them just study and study sehingga jadi kaya. dah kaya baru la nak berpolitik. ini umur baru 22 dah nak aktif sangat. sekarang tengok apa yang dah jadi. 


"memang ada chinese, tapi aku tulis perkataan ramai kan?"

Last-last yang terima akibat bukan die sorang tapi orang sekeliling. Keje pun belum tentu dapat lagi diluar sana, sudah nak berpolitik. Kalau nak mengamalkan kebebasan suara dan keberanian, ayuh kita menegur orang yang membuka aurat depan-depan, kita tegur orang yang berdua-duaan secara depan-depan berdasarkan kekuatan kita. baru ada keberanian dalam kebebasan bersuara.

aku rasa kita patut bersyukur kerana mampu bergelar mahasiswa. kat luar sana ada yang bukan bumiputera, dapat result SPM cemerlang namun sukar untuk bergelar mahasiswa. kita patut hargai apa yang kita dapat. bukan menggunakannya untuk ke jalan yang salah. kenapa salah? sebab tak kira la MARA,PTPTN atau mana-mana pinjaman/biasiswa pun ia memang hak ibubapa atau sesiapa sahaja yang membayar cukai. namun mereka memberikan atas keperluan untuk belajar. tapi kalau ini yang berlaku, adakah kita memegang amanah duit cukai yang berada dalam pinjaman atau PTPTN yang diberi? Wallahualam.

"cukuplah sekadar mengetahui dan membenci selemah-lemah iman"