July 29, 2011

Otai Hari Ini~

tika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. aku masih berpeluh hasil menyiapkan kerja sambil bermain kata secara maya. malam ni facebook news feed aku penuh dengan dua benda je. satu, komen kehebatan drama pemain Singapore diatas padang yang mengalahkan anak Yusoff Haslam dalam KL Gangster. dua, tukang kata yang mengacu kata bukan senjata dalam perihal sempadan bukan putih.

berbicara mengenai KL Gangster. hari saja aku dah beberapa kali mempunyai takdir atau jodoh dengan gangster. waktu aku balik dari Gurney Plaza tadi, pak cik teksi tu telah menceritakan sejarah gangster kat pulau pinang ni... "betol2 macam KL Gangster" katanya sambil menepuk2 membersihkan kopiah putih beliau. malam ni pulak aku jumpe 1 group FB yang otai dalam FB Malaysia.

klik untuk kepuasan abadi

.
.
.
.
.
.
.


"lu buat hal gua kasi hack lu punya akaun!"

July 23, 2011

Bon Odori: A Wish From High School.


 (+_+)

 
 kami bukan ninja

backstage practice

Dancing Hiro

Joyful Japanese

smile,show ur gum

they're not Geisha, yet beautiful~



 

(♥_|_♥)

July 9, 2011

Otak Kuning Si Xenofobik

Sedih. kadang-kadang benda-benda yang tiada kaitan secara langsung dengan hidup sebagai rakan boleh memusnahkan persahabatan yang terbina beberapa tahun. betapa unik dan peliknya otak manusia, mereka mempertahankan apa yang mereka percaya betul. dari cakap-cakap mulut mungkin boleh dibawa ke perbalahan yang bukan setakat kata.

dewasa. itu merupakan gelaran bagi golongan yang sudah cukup matang. matang untuk tidak mencampurkan sentimen-sentimen dengan perasaan dan persahabatan. apabila bercampur, semua kucar-kacir. bila kucar kacir-kacir, tiada lagi yang mendengar kata, baik yang benar atau yang salah.

dalami maksud gambar dari pelbagai aspek.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Xenophobia: fobia akan orang asing atau politik dan budaya

July 1, 2011

Diari Peluh & Darah: Jinx July's Opening

Semuanya bermula setelah selesai santap nasi kandar Pelita cawangan Tesco Pulau Pinang tengahari tadi. entah darimana datang idea bodoh2 bangang nak tengok wayang citer kereta robot duk bergaduh. rancang bagi nak rak macam nak buat perhimpunan Clean 3.0 plak dah. akhirnya satu keputusan sebulat suara dicapai.

6.30 petang: pemandu masih bersiap. janji hendak bertolak 20 minit yang lalu. hati aku mula berbelah bahagi macam cinta 3 segi. hendak pergi sudah malas, malas pergi kesian kawan. akhirnya perasaan yang disokong intuisi buruk hati , aku melangkah turun.

6.45 petang: Muka aku merah padam sambil menumbuk tar jalan Jelutong ditengah-tengah simpang ke Bukit Dumbar. Macam mana pemandu aku boleh terlepas simpang penting tersebut. Beliau bukan tidak tahu jalan, cuma malas nak guna otak. Pernahkah anda masuk ke pekan Jelutong pada waktu2 macam ini? Macam beratur dikafe ditengah hari. Leka sikit nasi tumpah. Sesak!

7.00 malam: baru sahaja masuk kesimpang untuk masuk ke lebuhraya jelutong. terperangkap pula dalam kesesakan pekerja-pekerja bertali leher pulang rumah. pemandu terlihat pemandu kereta Viva putih disebelah sedang bercium. merah padam muka pemandu Viva itu terkantoi oleh pemandu aku yang kelihatan seakan-akan peserta imam muda tapi bukan. Kesesakan dilihat hampir 2Km.

7.45 malam: Rancangan awal dimansuhkan.Rancangan baru dibuat. Lepas ambil duit, beli tiket, sembahyang, makan, masuk mayang. enjoy. semangat semakin berkobar-kobar apabila melihat anak-anak kecil memakai topeng Optimus Prime bersama kakaknya yang seakan-akan pengganti Megan Fox.

7.55 malam: barisan pembeli tiket pendek. harapan tinggi menjulang langit malam. "Mungkin malam ni orang masih sibuk~" kataku. "Nak tiga tiket Transformers 3D pukul 9.30 malam" kataku sambil menghulurkan 2 keping RM50 yang masih berbau bank. "Maaf dik, Transformer 3D dah penuh dari pagi tadi sampai ahad malam. yang ada pown dua sit paling depan. Isnin nak?" jawab perempuan tersebut sambil tersenyum.

8.10 malam: Setelah lebih 10 minit terkedu, aku menolak tawaran perempuan tersebut dengan senyum paksaku sambil meninggalkan kaunter tiket. Memikirkan jadual yang padat minggu depan bersama duit elaun yang dikhabarkan juga masuk minggu hadapan aku memutuskan semua duit tadi aku buat makan disitu juga. Sambil menoleh kebelakang dengan muka yang tawar. jauh disudut hati aku berkata

"FCUK"




p/s: aku mintak maaf kepada kereta Cherovolette yang aku tumbuk waktu keluar tadi