July 6, 2014

#Ramadhan: D.T.I-Satu Salah Sangka


Langkah diorak laju.
Takut juga kedai jahit tu sudah tutup.
Habis seluar apa nak pakai pergi internship nanti.
Riuh perarakan India ditengah jalan yang tiada kaitan dengan Ramadhan.
Habis merangkak trafik.
Mata ternampak papan tanda Nasi Kandar Line Clear.

"Sejak bukak semester, tak pekena lagi nasi kandaq. Berbuka dengan ni lah" ujar hati kepada perut.

"Assalamualikum, adik..." ujar seorang lelaki tabligh yang tetiba muncul dihadapan muka dengan slang seberang yang biasa ku dengar.

Langkah terhenti.
Dengan naluri, tangan meraba memegang dompet.
Bukan apa acap kali mendengar cerita,
Si tabligh sang tangan panjang,letak kopiah menyorok tanduk, punya ilmu pukau, minda tak sedar tangan menghulur harta.


Pelbagai soalan diacukan.
Tapi aku tak lari, takut aku yang salah anggap.
Sepatah demi sepatah aku jawab dengan berhati-hati.
Rupanya-rupanya dia seorang buruh dari seberang, yang menjalankan dakwah bagi Masjid Kapitan.

Hampir 15 aku dengar celoteh dia.
Apa yang aku ingat, hanya dua.
Satu, D.T.I- Dakwah, Taklim, Istighfar.
Dua, kenapa kilang, 7E, stesen minyak dibuka 24 jam tapi tidak masjid dan surau.
Diajaknya menyumbang masa, kerana dengan sumbangan masa, ia dibuka 24jam.

Moralnya, tidak salah untuk berhati-hati, untuk menjadi paranoid.
Namun kena berhati-hati jangan sampai dipanggil si buruk sangka.
Aku salam dan berterima kasih kepada dia,
disebalik kekalutan untuk berbuka, ada orang mengingat untuk ingat Dia.



"Saya ingat tak datang dah, tengok, saya dah nak kemas dah." kata tokey kedai jahit.
Mujur.

No comments :

Post a Comment