November 28, 2010

The best damn birthday~

19.11.10,
masih aku ingat yang hari itu hujan sejak tengah hari lagi. buat sebentar, hatiku mengatakan yang bapaku yang patut membawa pulang motosikal pemberian ibubapaku. melihatkan hujan yang turun sudah beransur reda bersama hari yang beransur petang, aku menyatakn hasratku untuk membawa sendiri motosikal itu pulang ke rumah. setibanya dikedai, Mr.Bala menyambat ketibaan ku dengan muka tersenyum. masakan tidak, dia kan menerima tunai tiga ribu lebih. aku mengikut bapa ku terus ke meja untuk menyelesaikan semua urusan pembayaran. dalam perjalanan, pandangan mataku tertumpu kepada AHJ 159 yang bakal ku bawa pulang sebentar lagi.

Setelah menampal pelekat P, aku pon menghidupkan enjin. Mr.Bala sempat lagi memberi nasihat kepada  ku untuk memanaskan enjin buat sebentar. aku menurutinya. sesudah itu, aku pown memasukkan gear pertama aku memulakan perjalan yang julung kalinya motosikal ini rasa. aku bertolak dahulu sebelum ibubapaku. apa yang terlintas pada fikiranku sekarang hanyalah kegembiraan pabila aku sampai dirumah setelah aku mengisi minyak untuk AHJ 159 ku ini dahulu.


semuanya kabur, berlaku terlalu pantas. apa yang ku lihat dahulu adalah motosikal ku. hatiku remuk pabila aku lihat cermin sisinya pecah, besi peletak kaki bengkok, lampu depannya berderai. tanpa berfikir panjang, aku mengalihkan motosikal ku secepat mungkin dari tengah jalan. tiba-tiba aku merasakan tangan kananku panas, ya Allah, semuanya merah, darah mengalir turun ke jariku bersama hujan yang masih turun renyai. sudah lama aku tidak melihat darah sebanyak in keluar dari tubuhku sejak aku sekolah rendah apabila bata menghentam kepala. aku menolak motosikal ku ketepi secepat mungkin sementara tiada kenderaan dijalan. kebetulan dua buah lori cuba yang baru keluar dari stesen minyak yang sama, mereka cuba membantu aku. aku melihat kereta myvi milik ibuku parkir dihadapan ku. baru kutahu yang mereka sebenarnya berada dibelakangku semasa ini semua berlaku. 

ibu membawaku ke hospital secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan dalam keadaan aku yang penuh pasir di badan ku basah akibat hujan, darah dan kini air mataku. manakan tidak, motosikal baru kini sudah terlucut gelarannya setelah beberapa minit ditunggang. semuanya berlaku terlalu pantas, dalam aku telah memperlahankan motosikalku untuk membuat belokan, tidak ku sangka aku akan tergelincir diatas tar yang agak berpasir dalam hujan. sementara aku menunggu giliran untuk mendapat kan rawatan, aku terfikir apa yang telah terjadi dan aku teramat bersyukur kerana aku hanya luka dan calar yang ada pada tangan ku, dan bukan nya aku pergi menghadap Illahi pada hari yang sama aku menyambut hari jadi aku. kini tangan aku semakin pulih, motosikal sudah dibaiki. apalagi~ jom remp-it!!!!(gurau je)~

4 comments :

  1. he2, tudia la hg.. tibai lep tyme hujan, dh la jln brpasir.. aku pn xbrani nk tibai lep cmtu..

    ReplyDelete
  2. bukan aku sngaja~~ dah naluri kelajuan nak wat lep~~~

    ReplyDelete
  3. 2la...fes time dpt bwk moto neh. haha ! over excited. dh ok ka skng weh ?

    ReplyDelete
  4. haha..rilek der..takdir kau n motor mcm tu..hehe

    ReplyDelete