October 21, 2013

SENDIRI


Detik demi detik.
Pejam dan celik.
Setahun dua semester masih berbaki,
Belum ditolak kerja dan tugas yang perlu dibawa,
Masa yang ada semakin kurang,
Ruang yang masih tinggal semakin sempit,
Untuk mencipta memoir bersama sahabat.
 Yang tidak ternilai kemudian hari,
yang akan dikenang suatu hari.
Tatkala ditemani kerja dan bunyi hutan,
Memori pasti dicari, pasti termimpi.

Jika dahulu aku tidak kisah,
Zaman dimana aku perlu berjalan untuk mencari nikmat,
Zaman dimana aku ditinggalkan kerana tidak berkuda,
Pergi merantau untuk menikmati juadah nun disana,
Aku menjamah sendiri dihadapan papar bercahaya,

Tetapi hari ini, apabila aku sudah berkuda,
Mereka pula berkereta.
Cukup luas untuk merantau bersama,
Bukan tiada kehendak,
Bukan tiada usaha.
Entah apa dosa aku,
Entah apa silap aku,
Aku masih disini.
Menyendiri. Menanti. Hati mati.
 Hehe.


Ya, akhirnya nanti kubur kita asing-asing.


No comments :

Post a Comment