September 4, 2011

9 Fakta Raya yang Faktab

Esok bermula lah pula School Based Experiece (SBE) aku buat kali yang ke-2,,, destinasi kali ini, sekolah adik aku. STTS. dengan itu secara rasminya, habislah sudah cuti raya bagi aku,,,  kali ini banyak yang aku belajar melalui  RBE-Raya Based Experience....

  1. Menumbuk kerisik bagi membuat rendang merupkan senaman berat bukan lokomotor.
  2. Kanak-kanak hanya akan berasa malu dan segan untuk menerima duit raya hanya ketika mereka berumur 18 tahun keatas
  3. Pergi pasar beli barang dapur waktu hari raya perlukan kekuatan fizikal dan mental
  4. Budak-budak buat muka kerek selepas terima duit raya RM1 bukanlah sesuatu yang pelik.
  5. Orang yang main mercun berkotak-kotak bukanlah tak educated, cuma banyak duit.
  6. Tak semestinya raya mesti semua baru---lagu raya old school jugak yang masyuk.
  7. Makcik-makcik kampung tak suke melayan budak yang nak datang beraya rumah die sorang-sorang agar penggunaan tenaga lebih efisien
  8. Khutbah raya boleh jadi ceramah politik yang bosan
  9. Pakai henset touch-screen mahal bakal jadi tumpuan kanak-kanak sehingga rosak/habis bateri.





No comments :

Post a Comment