February 3, 2012

Jumaat dan Pakcik

Dari jauh gua dah dengar suara Dr Danial bagi baru mula khutbah dalam bahasa Ingeriss campur BM. dah terlambat rupenye gua hari ni lalu bergegas. masuk je masjid macam biase cari tempat paling kene angin kipas. ada la satu  dua tempat sebab dah lambat. Dr. Zainal punye khutbah panjang tapi penuh dengan ilmu dari timur dan barat dalam khutbah. 

dengar die berkhutbah pasal Rasulullah pulak hari sebab dah dekat dengan Maulidur Rasul. dengar pulak sambil kene angin kipas. berkat je rase hari jumaat kali ni... tiba-tiba datang seorang pakcik berbaju monster energy hitam dengan seluar jean duduk depan gua. ya, die seorang pakcik. 

gua tegur die dengan sungguh sopan. "Encik, baju encik ni kene turun belakang lagi..." dengan buat muke 9gags'acting-like-a-boss die betulkan baju. gua dah segan. terdetik dalam hati gua "die ingat gua usha bontot beliau ke?" dalam 10 minit kemudian gua terperasan beliau dah tersengguk-sengguk tertidur. apa lagi, habis tudung saji terbukak balik. walaupun segan tapi gua kesian, gua pun tegur sekali lagi. kali ni die buat muka dan "Haish!" keluar dari mulut beliau.

 gua diam. gua keluar henset, gua tekan camera. snap. dan gua terus dengar khutbah Dr. Danial yang panjang.... dengan mata gua ke atas..

tiada niat jahat 

credit: 9gags


p/s: lain kali pakai baju yang sopan sikit nak pergi sembahyang. paling bagus pakai baju melayu or jubah terus. kalo taknak pakai takyah la sampai yang MENCOLOK MENJOLOK mata jemaah lain.

3 comments :