September 26, 2011

Rumah Dibuka, Isi Terdedah...

dalam aku dok bace sambil meneroka fungsi-fungsi baru punat-punat baru yang terdapat pada Facebook, terjumpa la pulak gambar OpenHouse'11 rumah aku. dah nak habis raya baru la ayah aku nak upload. dah dekat 8 tahun berturut aku jadi waiter, sous-chef, runner dan pembuang sampah setiap kali event macam ni, tahun ni aku terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kepada adik-adik aku atas sebab aku tak balik kerana sibuk dengan tugasan sebagai bakal guru.

jelez dan sedih sebab tak dapat makan masakan emak waktu open house panas-panas. sebenarnya, kalo event-event macam ni, makan waktu sume orang dah balik paling feel. keletihan yang dikongsikan bersama keluarga, menikmati saki-baki makanan yang tinggal, duduk menggelak dan mengomen tetamu yang datang, mengira duit upah a.k.a duit raya yang diberi oleh tetamu. thats the true Eids with familia i think.

tapi tahun ni aku tak dapat merasa sume tu. maybe tahun depan aku jemput satu IPG aku datang. biar kecoh satu kampung aku. 



"victory love preparation"-Anynomous
persiapan rapi yang dilakukan bagi menyambut tetamu-tetamu yang bersedia untuk beraya kerumah kami. menu tahun ni. rendang, lemang, sagun SG, dll... tapi yang paling best ialah my mom specials laksa kuale! peh. Ayah ngan mak aku  memang pandai masak. kalo pencen boleh bukak restoran 30 cawangan setiap 1 negeri. tapi entah kenapa, genetik-genetik memasak tak masuk dalam diri aku. mungkin pergi ke adik aku. tak cukup dengan msak, waktu hidang pown dah jadi macam buffet kat hotel. dalam gambar tu sume parents aku punye tau. bukan catering. (riak sikit.)

  bukan memasak saja. berkebun and landscaping pun tak jadi darah aku. nampak tak gerbang dan landscape-landscape belakang tu. sume ayah yang buat. aku? duk main game menambah syarat masuk The Biggest Loser boleh la.

ok kat sini aku nak buat pengumuman. sesiapa yang baca ni adalah sangat dialau-alukan dan dijemput datang open house rumah aku tahun depan. akan lagi special dari tahun ni sebab aku yang masak. masak air. sekian...








panjang pulak menulis kali ni RPH tak siap lagi!!:'(



1 comment :