Esok bermula lah pula School Based Experiece (SBE) aku buat kali yang ke-2,,, destinasi kali ini, sekolah adik aku. STTS. dengan itu secara rasminya, habislah sudah cuti raya bagi aku,,, kali ini banyak yang aku belajar melalui RBE-Raya Based Experience....
- Menumbuk kerisik bagi membuat rendang merupkan senaman berat bukan lokomotor.
- Kanak-kanak hanya akan berasa malu dan segan untuk menerima duit raya hanya ketika mereka berumur 18 tahun keatas
- Pergi pasar beli barang dapur waktu hari raya perlukan kekuatan fizikal dan mental
- Budak-budak buat muka kerek selepas terima duit raya RM1 bukanlah sesuatu yang pelik.
- Orang yang main mercun berkotak-kotak bukanlah tak educated, cuma banyak duit.
- Tak semestinya raya mesti semua baru---lagu raya old school jugak yang masyuk.
- Makcik-makcik kampung tak suke melayan budak yang nak datang beraya rumah die sorang-sorang agar penggunaan tenaga lebih efisien
- Khutbah raya boleh jadi ceramah politik yang bosan
- Pakai henset touch-screen mahal bakal jadi tumpuan kanak-kanak sehingga rosak/habis bateri.
No comments :
Post a Comment