September 26, 2011

Rumah Dibuka, Isi Terdedah...

dalam aku dok bace sambil meneroka fungsi-fungsi baru punat-punat baru yang terdapat pada Facebook, terjumpa la pulak gambar OpenHouse'11 rumah aku. dah nak habis raya baru la ayah aku nak upload. dah dekat 8 tahun berturut aku jadi waiter, sous-chef, runner dan pembuang sampah setiap kali event macam ni, tahun ni aku terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kepada adik-adik aku atas sebab aku tak balik kerana sibuk dengan tugasan sebagai bakal guru.

jelez dan sedih sebab tak dapat makan masakan emak waktu open house panas-panas. sebenarnya, kalo event-event macam ni, makan waktu sume orang dah balik paling feel. keletihan yang dikongsikan bersama keluarga, menikmati saki-baki makanan yang tinggal, duduk menggelak dan mengomen tetamu yang datang, mengira duit upah a.k.a duit raya yang diberi oleh tetamu. thats the true Eids with familia i think.

tapi tahun ni aku tak dapat merasa sume tu. maybe tahun depan aku jemput satu IPG aku datang. biar kecoh satu kampung aku. 



"victory love preparation"-Anynomous
persiapan rapi yang dilakukan bagi menyambut tetamu-tetamu yang bersedia untuk beraya kerumah kami. menu tahun ni. rendang, lemang, sagun SG, dll... tapi yang paling best ialah my mom specials laksa kuale! peh. Ayah ngan mak aku  memang pandai masak. kalo pencen boleh bukak restoran 30 cawangan setiap 1 negeri. tapi entah kenapa, genetik-genetik memasak tak masuk dalam diri aku. mungkin pergi ke adik aku. tak cukup dengan msak, waktu hidang pown dah jadi macam buffet kat hotel. dalam gambar tu sume parents aku punye tau. bukan catering. (riak sikit.)

  bukan memasak saja. berkebun and landscaping pun tak jadi darah aku. nampak tak gerbang dan landscape-landscape belakang tu. sume ayah yang buat. aku? duk main game menambah syarat masuk The Biggest Loser boleh la.

ok kat sini aku nak buat pengumuman. sesiapa yang baca ni adalah sangat dialau-alukan dan dijemput datang open house rumah aku tahun depan. akan lagi special dari tahun ni sebab aku yang masak. masak air. sekian...








panjang pulak menulis kali ni RPH tak siap lagi!!:'(



September 24, 2011

Review: Bini2 Ku Gangster


selepas me-repair-kan apa yang patut di BJ, aku g menonton citer nih. kebetulan plak jumpe sepupu sedara ipar aku with his wife. so join sekaki. some people say nape tak tunggu download je? well, i support malaysian movies. lagi pown apa beza kalo kita g tengok bola kat stadium berbanding kat umah. yup, its the felling.

sori to say to mr.director. it doesnt like what i have expected. aku expect filem ni ada banyak comedy tag line, body gags, slapstic or sumting tapi kurang. yang ada pulak tak menjadi lawaknya. plot plak ntah kenape ada semacam rasa pelik sikit. casting pown mcm tak boleh blah. Pak Hamid Ghurka jadi ayahanda. but i do give credit to its twisted ending. sapa sangka Temulak muncul kat ending.

btw, sumting yang aku perasan dalam depa duk gadoh2 ni. diorang punye warna tema setiap geng. geng Yana  pakai merah setiap kali nak berlawan, dan geng Intan Ladyana plak pakai kuning setiap kali nak berlawan. tak tau la samaada kebetulan atau sengaja, tapi dua kaler macam melambangkan kisah 9 Julai yang lepas : Patriot vs Bersih ..... tambah plak ada tag line "K.L.I.N.... Clean! Bersih!" dalam filem tu beberapa kali. i wonder...



|☆☆|

Mawar Putih

wordless for more than 3 days before able to write.
i don't have DSLR, but i do have Photoshop

i  gave just for nothing. never thought that it will be return as "a sucker punch to the gonads" back to me. if don't like it, don't be rude, don't ever hurt somebody for what is been given by them. it was already a nightmare when reading the text just before sleep. its more painful knowing the truth behind it.




but,






#ManlyTears





September 16, 2011

There Was A Boy....

There was a boy named Hanafi. He is a Malay.He is the best friend you can get.

There was a boy named Alex. He is a Chinese. He is good in study. He always help me in Maths.

There was a boy named Sivananda. He is a Indian. He is the class joker. We always played with our fathers name.

There was a boy named Roy. He is an Orang Asli. He is a good runner. We always played Galah Panjang after school ends.

And there was me. I'm just me. 

We are different. Yes we are. But we were all study in the same class, eating at the same canteen, playing on the same field, reading in the same library and assemble in the same hall.

But that was eight years ago. Years where kids only have library cards and not facebook accounts, years where kids don't have mobile phone but coins for public phone, years where kids only play with marble not Angry Birds, and years where kids hang around under the tree not Starbucks or McD.

I miss those days. I miss them. I already lost contact with them. I wish i could meet them again. I wonder how they are now. I wonder how they looks today. I wonder where they are studying today.

Thank you Malaysia for the opportunities to meet the difference. Thank you Malaysia for uniting us. Thank you Malaysia for be in peace. Thank you Malaysia for what you are today.

"Happy Birthday Malaysia"





p/s: grammar mistakes? i'm still a student. grrr...



September 12, 2011

Sesalan 2 Berita

Disclaimer: Politik? jauh sekali. aku tak suke politik. mane satu yang betol kita pown tak tau. baik bace ensiklopedia. sume betul.



Alhamdulillah, setakat yang aku bace, dengarnye cukai 6% prepaid tu dah ditangguhkan daripada pelaksanaanya. well, its a good news since everybody start to have sarcasm in them..sebenarnya aku tak kisah sangat pasal kenaikan harga tu, aku lagi kisah dengan kenapa manusia sanggup keluar duit untuk bunuh diri dengan membeli(lalu hisap) rokok berbanding nak kecoh harga prepaid naik 6%. yet, its still a good news for those yang tak ikut Langkah2 untuk Lari dari Efek Cukai Topup.....


But its somehow a bad news for me....aku dah jalankan step yang 1st sekali yakni clash dengan girlfriend... mati aku. sape nak tanggung sekarang ni? jawab!!!!! sia-sia je la! adoi~~ ok. aku tipu. aku mane ada awek. 

"jom kaple balik?"



September 9, 2011

Larikan Diri Anda Efek Cukai Topup.

Disclaimer: Politik? jauh sekali. aku tak suke politik. mane satu yang betol kita pown tak tau. baik bace ensiklopedia. sume betul.


bukansaya


Selepas dikejutkan dengan Hantu 1Malaysia, Malaysia diMelodikan pula dengan cukai yang dikenakan pada topup sebanyak 6%. bagi aku, aku tak kisah, aku faham kerajaan takda duit, dan ekonomi dunia dalam perjalanan nak menuju kearah kesimbangan. 

Namun sebagai seorang pelajar, remaja dan orang biase, kenaikan harga topup itu seidkit sebanyak dan lambat laun akan memberi implikasi kepada aku jugak. kita tak boleh lari dari cukai, salah dari segi undang2. tambah pula henset tak berguna jika takda topup dan henset merupakan keperluan manusia sekarang.

oleh itu, aku telah membuat satu panduan yang kome boleh gune sebelum cukai tu naik 6% pd 15 September ni.
  1. Clash dengan awek/pakwe-kurangkan mesej dan kol yang berlebihan.
  2. Keluarkan duit raya yang lepas2 sebanyak mungkin pastu beli topup sebelum 15 September-Kalo beli topup total RM 300, dah jimat RM18.
  3. Kalo nak buat ucapan raya, hari jadi, mesej cinta, pakai surat tak payah SMS.
  4. Pecah duit syiling siap2, nanti nak bayar cukai2 tu senang.
  5. Buat kamcing dengan tokey kedai topup, kedai runcit, kedai tepon- boleh suruh die belanja cukai2 tu.
  6. kalo sume tak jadi, Buang henset jauh-jauh, pakai public phone je(kalau ada lagi).


Diharapkan semuanya berjalan lancar ek. Selamat mencuba!!!
#trolling

September 8, 2011

RandomThursday: 2Alam, 1Malaysia

Ya. Hantu Malaysia semakin jinak. Mereka semakin muncul dikhalayak ramai. takda dah yang terkejut-terkejut dan nyorok-nyorok. Makin lama makin banyak yang dah masuk pawagam. Awek aku vampire la, kak limah la... macam-macam.

tapi baru ni ada yang sekor ni kononnya telah pecah tradisi tersebut... dia masuk MV Malaysian Boy...

aku baru lepas check... betoi ke tak aku pown tak tau la... jenuh aku nak berentikan video betul2 pada 0:43... die kuar pown kurang dari 1 saat...  tapi dah popular... hebatkan? percaya tau tak, terpulangla...
kita kene ingat kita ni tak hidup hanya manusia, ada makhluk ghaib yang kita tak nampak... Dalam Islam pown ada nyatakan pasal benda2 ghaib ni.... tapi tak da la pulak dengar sampai ada yang masuk MV... ikut peredaran zaman kowt...


"2Alam , 1Malaysia"

September 7, 2011

WordlessWednesday: Past That Never Lies









Disabit Kesalahan

"kamu tengah buat apa ?... Main Facebook?

demikianlah kata Cikgu Zuraida, PK STTS... terkantoi sudah perbuatan kami ber-7 lelaki oleh beliau yang masuk ibarat ninja-----laju semacam... setelah diperli oleh beliau sambil penat mengerjakan dewan bagi menyiapkan meja bagi pelajar UPSR, kami telah berubah. kami lebih berhati-hati.

"bersalah tapi tak serik"






p/s: appoinment lambat dan kejap je, keje dah hampir siap, assignment malas, lepak kat library xkan x wat ape2... tak boleh main,,, tergoda dek internet laju sekolah

September 6, 2011

PilihanHAti@SBE

SBE? rimas. rimas sebab tak banyak keje kat sane. duk menempek kat library on9 lebih mase(kalo GB bace ni, mati aku)... tapi hari ini melalui onlinelah, 1 ukhwah yang Insyaallah akan kekal terbentuk. semuanya gara-gara blogging. die minat blogging,kaki blogging, kaki blogwalking. same macam aku tapi lagi otai. ada ribuan followers.

thanks to him,, coz buat review blog buruk ni.

aku pown enjoy bace blog die n telah diperkenalkan beberapa lagi otai blog yang sedang naik dan masyuk.



ini blog kawan baru aku. simple,sempoi and superb.
untuk pembaca yang nak rileks tapi informatif.



ini blog tuan aku tak kenal. giler, gempak grafik.
specialist in flash. kalo bukak cube main dengan header die.



dah ada ayam mesti kene terbang. sempoi,double meaning, minimalist
"gonna blow ur mind!"-akureview








p/s: thanks to Hakim coz relapaksa promote blog aku... 1st time.

September 4, 2011

9 Fakta Raya yang Faktab

Esok bermula lah pula School Based Experiece (SBE) aku buat kali yang ke-2,,, destinasi kali ini, sekolah adik aku. STTS. dengan itu secara rasminya, habislah sudah cuti raya bagi aku,,,  kali ini banyak yang aku belajar melalui  RBE-Raya Based Experience....

  1. Menumbuk kerisik bagi membuat rendang merupkan senaman berat bukan lokomotor.
  2. Kanak-kanak hanya akan berasa malu dan segan untuk menerima duit raya hanya ketika mereka berumur 18 tahun keatas
  3. Pergi pasar beli barang dapur waktu hari raya perlukan kekuatan fizikal dan mental
  4. Budak-budak buat muka kerek selepas terima duit raya RM1 bukanlah sesuatu yang pelik.
  5. Orang yang main mercun berkotak-kotak bukanlah tak educated, cuma banyak duit.
  6. Tak semestinya raya mesti semua baru---lagu raya old school jugak yang masyuk.
  7. Makcik-makcik kampung tak suke melayan budak yang nak datang beraya rumah die sorang-sorang agar penggunaan tenaga lebih efisien
  8. Khutbah raya boleh jadi ceramah politik yang bosan
  9. Pakai henset touch-screen mahal bakal jadi tumpuan kanak-kanak sehingga rosak/habis bateri.