October 23, 2013

MATI


Pagi hari dikejut dengan berita kematian,
bapa seorang sahabat pergi menghadap Illahi,
teringat akan arwah sepupu yang telah pergi sepanjang hari.
Petang hari ni berkelambukan hujan,
setelah melawat tempat angkat besi,
aku ke padang menonton bola,
sahabat berjuang dengan kudarat keringat.
Tiada rezeki kemenangan,
aku keluar, mencari juadah malam.
Perjalanan pulang meniti senja hari,
dipersimpangan Tuhan menguji.
Yang tidak ingini hampir terjadi,
Aku hampir mati.
hampir bertembung dengan kereta,
pemandu yang tidak mengguna otak yang dikurnia.

Aku tertanya,
kalau aku mati sebentar tadi,
apa yang bakal terjadi.
bersedihkah mereka,
akan diingati?
atau akan dicaci?
Astagfirullahalazim.
Peringatan hari ini membuat akau lebih berhati-hati.


"hari ini, aku hampir mati, sekali lagi."

KLIMAKS


Hari ini menjadi kemuncak segalanya,
Kata-kata seorang gadis menjadi cetusnya,
Hati yang lara menjadi tak tentu hala,
Tapi dipendam sedalamnya.
Pahitnya kebenaran didalam tutur kata.

Ditelan seorang diri,
Seperti tergigit cili,
Kaca dimata mula bertakung,
Amarah tidak lagi dipekung,
Aku keluar membawa diri,
Agar tiada yang melihat aku begini.

----------------------------------------------------

Dinasihati kemudian hari,
Membuka mata dan hati,
Mengapa perlu terasa lebih,
Sedangkan yang lain tersengih-sengih,
Mengapa perlu kisahkan mereka,
Sedangkan hidup sendiri tak masuk neraka,
Mengapa perlu berkisar perkara yang kusam,
Sedangkan itu semua hal semalam.


Hari beransur petang,
Yang bergelora kembali tenang,
Tatkala mentari hampir tenggelam,
Jasad  terus bersenam,
Amarah pembakar semangat,
Tuhan yang dilupa kembali diingat,
Parut lepas dijadikan motivasi,
Sebagai pengingat kemudian hari,
Hari ini menjaga persahabatan yang terbina,
Agar ukhwah  yang terikat terus terpelihara.


InsyaAllah.



Will give less F to anything happen in the future and back to the old me! Yeah!!!!


October 21, 2013

SENDIRI


Detik demi detik.
Pejam dan celik.
Setahun dua semester masih berbaki,
Belum ditolak kerja dan tugas yang perlu dibawa,
Masa yang ada semakin kurang,
Ruang yang masih tinggal semakin sempit,
Untuk mencipta memoir bersama sahabat.
 Yang tidak ternilai kemudian hari,
yang akan dikenang suatu hari.
Tatkala ditemani kerja dan bunyi hutan,
Memori pasti dicari, pasti termimpi.

Jika dahulu aku tidak kisah,
Zaman dimana aku perlu berjalan untuk mencari nikmat,
Zaman dimana aku ditinggalkan kerana tidak berkuda,
Pergi merantau untuk menikmati juadah nun disana,
Aku menjamah sendiri dihadapan papar bercahaya,

Tetapi hari ini, apabila aku sudah berkuda,
Mereka pula berkereta.
Cukup luas untuk merantau bersama,
Bukan tiada kehendak,
Bukan tiada usaha.
Entah apa dosa aku,
Entah apa silap aku,
Aku masih disini.
Menyendiri. Menanti. Hati mati.
 Hehe.


Ya, akhirnya nanti kubur kita asing-asing.


October 20, 2013

SOMETIMES



Sometimes,
we have to award before punish.

Sometimes,
we have to listen before talk.

Sometimes,
we need to act like a kid before an adult.

Sometimes,
we have to joke before advice.

Sometimes,
we have to understand before to be understand by them.

Sometime,
we need to learn from them before teaching them.

That is a teacher.

Hey, I learnt how to have a selfie!
.
.
.
I really miss teaching them.


PEPATAH



Aku mungkin bergelak ketawa,
aku mungkin berjenaka,
aku mungkin senyum berbicara,
Namun belum tentu baik-baik sahaja.

Sabar aku tidak setinggi mana,
Usahlah engkau mengujinya,
Andai kau tidak bersedia,
Silap langkah datangnya bahaya.

Bukan sekali aku ditipu,
Bukan jarang aku disisih,
Andai kau terus begitu,
Harap maaf terima kasih.