October 18, 2013

MIMPI



Mimpi itu seperti dunia maya,
 Yang dipapar hanya antara dua,
Yang terlalu indah untuk dibicara,
Yang terlalu buruk untuk dikongsi bersama.

Semalam,

Sedang aku nyenyak menyusuri malam,
Hadirnya mimpi penghias lena,
Terlalu cantik untuk dikatakan mimpi.
Terlalu indahkan untuk ku jadikan realiti

Menyentak aku dari tidur,
habis hilang semua dengkur,

Aku periksa penunjuk masa,
Fajar pagi masih jauh disana

Lalu,

aku kembali membalut anggota,
dengan niat meneruskan lena,
namun ia tidak sama,
hati terpinga tiada kata.

Seperti petanda dari Ilahi 
bukan seperti mainan syaitan dimalam hari.
Solat istikharah akan kususuli
agar aku ia dapat difahami,
supaya jalan yang tepat akan kususuri.

Soal jodoh soal hati
Aku berserah kepada Illahi
Andai jodoh mengikati diri,
Pastu bertemu walaupun mati.



Wallahualam


May 16, 2013

TEACHER! TEACHER!





Smooth seas never made a skilled sailor,
Tame beasts never made a brave hunter,
Calm skies never made a good pilot,
Best team never made a brilliant coach,
And of course,
Perfect classes never made a great teacher.




HAPPY TEACHERS DAY




IT'S NEVER EASY TO BE A TEACHER. BUT HOW COULD I ABANDON THEM?



May 14, 2013

YOU.




The sun isn't always bright,
The sky isn't always blue,
But when you are in my sight,
My heart says I Love You.

I'm not afraid of ghost,
I know I am stronger, 
But what i fear the most,
Is when i lost her.

As white as a dove,
As beautiful as a portrait,
If it was a true love,
It's worth to wait. 

I will never turn away,
Despites what the hardships might be,
I will raise my hands and pray
Till jannah our love will be.








PEH.












: : : : :
Tolong faham. Penangan exam+kepanasan Penang petang ni+sedikit English study maka terhasilah ia. 
Ignore the grammar. You get the meaning.
: : : : :


May 4, 2013

THE CONCLUDE #PRU13




NOTA KAKI, RUMUSAN DAN SOALAN BAGI PRU13:

1) Semua pengguna internet hari ini sebenarnya ada degree dari CSI Las Vegas. Power analisis bukti.
2) Adegan kempen macam filem Melayu. Ada gaduh, ada aksi ranjang dan ada sesekali scenes bijak.
3) Orang jahat selalunya memang takkan dedah yang mereka jahat. Kalau ada namanya bangang.
4) Sedangkan buah dari pohon yang sama belum tentu elok semuanya, inikan pula manusia.
5) Ada 3 jenis bukti:
     - Betul
     - Palsu
     - Palsu, tetapi digunakan untuk menuduh orang lain yang buat kepalsuan tersebut.
6) Kalau semua nak tolong orang, kenapa nak kene ada geng dan tak sama-sama tolong antara satu sama lain?
7) Kalau diorang dah boleh kontrol banyak perkara, kenapa tak kontrol je SPR?
8) Caci maki polis, bila susah cari polis jugak. Kesian polis.
9) Kalau power sangat berkempen buat kapal selam, helikopter, kereta kebal, kenapa tak tolong buat rumah orang susah?
10) Ramai yang tak tahu apa yang kita sebar dan komen, kalau betul jatuh hukum sebar aib, kalau salah jatuh hukum sebar fitnah. 
11) Flashmob. Flashmob. Flashmob. 
12) Kari dan capati sedap dimakan bersama. Jadi kenapa pisah?
13) Israel nak kawtim dengan Malaysia. Tumbuk mau?
14) Artis pun sibuk nak politik. 
15) Kes Lan Todak terus tak dengar.Politik punya pasal.
16) Ada 3 jenis orang, buta politik, celik politik dan macai. Tapi semua orang akan mengaku celik.









aku? 
UNDI ITU RAHSIA.

January 30, 2013

Coretan Si Karut Kelabu

Nukilan pertama 2013. Bukan malas, bukan juga sibuk, cuma jarang ku temu internet. Bila berjumpa, menulis bukan yang utama, mencari cerita yang utama. Bermuka buku senang ceritanya. Dah hampir sebulan sambung belajar kembali. Tahun ketiga, penulisan perlu matang orang kata. Entah menjadi entah tidak matangnya, hentam saja.

Sejujurnya, semester ini memang padat dan ketat-ketat belaka. Semput lelah itu semuanya perlu menjadi biasa. Ni aku baru praktikal saja. Bukan sebagai guru di sekolah sebagai pemimpin dalam pengakap. "Eh, pengakap? Bukan semester lepas ke pengakap?" Itu reaksi biasa bila berbicara dengan mahasiswa guru yang  lain. Belum lagi yang luar biasa. Belum lagi yang sinis berbicara. 

Ada yang kata buat apa bersusah-susah, bermandi peluh terkejar sini sana. Petang-petang senior lepak saja. Ada pula yang kata, bagus betul pengakap ni, kejar sijil untuk open market nanti. Tidak cukup pula yang sinis akan usaha ini. Kalau tanya aku. jawabannya mudah. ENTAH.

Mungkin benar, mengapa perlu bersusah-susah. Berada dibawah matahari terik, bermandi peluh, mengusutkan minda. Tak bermakna mengejar sijil itu pula salah. Perlu juga dibuat bekal kemudian hari, mana tahu tenggelam di permulaan ada juga pelampungnya nanti. Pangkattidak ku punya, bersukan entah kemana, kompilasi sijil pula nipis. Tunggu luput ijazah baru dapat kerja la jawabnya.

Ada tapinya. kereaktifan diri dalam aktiviti luar ini banyak mengganggu perjalanan hidup orang lain. Mengubah takwim sini sana, tolak tepi buang belakang. Habis semua berubah, macam pantai kena bah. Niat untuk merantau ke negara orang, bergerak bawah panji pengakap. Niat yang ada memang besar, sampai mengubah segala yang ada.

Aku bukan orang kaya, bukan juga papa kedana. Merantau ke negara orang buat kali pertama, niat yang ada besar tak terkira. Jujur ku bicara, sanggup aku buat apa sahaja untuk mengambil peluang yang ada. Namun, tidak semua pandangnya sama. 

Pernah sekali aku terbongkak kata, mendabik dada, hidung keatas ku hala. berbicara ketika ditekan bukan kemahiran yang ku punya. maklumlah, peluang keemasan didepan mata, mahaguru memberi kata dua, pilih yang mana suka. bila ku memilih, belakang orang mengata. emosi mula menguasi, pertimbangan mula dikaburi, tutur mula dicemari. kata setajam belati, menusuk tanpa memerhati, meluka sahabat yang dikasihi.

Malam itu aku muasabah, mencari sebab yang munasabah. Mungkin kerana hanya disitu aku lupa akan kerja, lupa akan aturan hidup robot, lupa akan sketsa murahan kehidupan. Aku temui akan keseronokan, cabaran dan penerimaan diri aku. Mungkin itu yang sentiasa menarik aku.

AMPUNMAAF. itu sahaja yang dapat ku sajikan. Mengganti segala susah masalah yang telah ku sebabkan. Barat ada mengatakan what goes around comes around. Mungkin apabila kalian menemui kepayahan ketika mengejar sesuatu yang dinginkan. Insyaallah aku sedia membantu dengan keupayaan yang dikurnia.










#membebel