January 30, 2013

Coretan Si Karut Kelabu

Nukilan pertama 2013. Bukan malas, bukan juga sibuk, cuma jarang ku temu internet. Bila berjumpa, menulis bukan yang utama, mencari cerita yang utama. Bermuka buku senang ceritanya. Dah hampir sebulan sambung belajar kembali. Tahun ketiga, penulisan perlu matang orang kata. Entah menjadi entah tidak matangnya, hentam saja.

Sejujurnya, semester ini memang padat dan ketat-ketat belaka. Semput lelah itu semuanya perlu menjadi biasa. Ni aku baru praktikal saja. Bukan sebagai guru di sekolah sebagai pemimpin dalam pengakap. "Eh, pengakap? Bukan semester lepas ke pengakap?" Itu reaksi biasa bila berbicara dengan mahasiswa guru yang  lain. Belum lagi yang luar biasa. Belum lagi yang sinis berbicara. 

Ada yang kata buat apa bersusah-susah, bermandi peluh terkejar sini sana. Petang-petang senior lepak saja. Ada pula yang kata, bagus betul pengakap ni, kejar sijil untuk open market nanti. Tidak cukup pula yang sinis akan usaha ini. Kalau tanya aku. jawabannya mudah. ENTAH.

Mungkin benar, mengapa perlu bersusah-susah. Berada dibawah matahari terik, bermandi peluh, mengusutkan minda. Tak bermakna mengejar sijil itu pula salah. Perlu juga dibuat bekal kemudian hari, mana tahu tenggelam di permulaan ada juga pelampungnya nanti. Pangkattidak ku punya, bersukan entah kemana, kompilasi sijil pula nipis. Tunggu luput ijazah baru dapat kerja la jawabnya.

Ada tapinya. kereaktifan diri dalam aktiviti luar ini banyak mengganggu perjalanan hidup orang lain. Mengubah takwim sini sana, tolak tepi buang belakang. Habis semua berubah, macam pantai kena bah. Niat untuk merantau ke negara orang, bergerak bawah panji pengakap. Niat yang ada memang besar, sampai mengubah segala yang ada.

Aku bukan orang kaya, bukan juga papa kedana. Merantau ke negara orang buat kali pertama, niat yang ada besar tak terkira. Jujur ku bicara, sanggup aku buat apa sahaja untuk mengambil peluang yang ada. Namun, tidak semua pandangnya sama. 

Pernah sekali aku terbongkak kata, mendabik dada, hidung keatas ku hala. berbicara ketika ditekan bukan kemahiran yang ku punya. maklumlah, peluang keemasan didepan mata, mahaguru memberi kata dua, pilih yang mana suka. bila ku memilih, belakang orang mengata. emosi mula menguasi, pertimbangan mula dikaburi, tutur mula dicemari. kata setajam belati, menusuk tanpa memerhati, meluka sahabat yang dikasihi.

Malam itu aku muasabah, mencari sebab yang munasabah. Mungkin kerana hanya disitu aku lupa akan kerja, lupa akan aturan hidup robot, lupa akan sketsa murahan kehidupan. Aku temui akan keseronokan, cabaran dan penerimaan diri aku. Mungkin itu yang sentiasa menarik aku.

AMPUNMAAF. itu sahaja yang dapat ku sajikan. Mengganti segala susah masalah yang telah ku sebabkan. Barat ada mengatakan what goes around comes around. Mungkin apabila kalian menemui kepayahan ketika mengejar sesuatu yang dinginkan. Insyaallah aku sedia membantu dengan keupayaan yang dikurnia.










#membebel

No comments :

Post a Comment