Boy tahu dia tak dapat mengelak lagi. Sebelum ni dah tiga kali jadi, dia dapat elak. Sekali mak sedara menyampuk, dia terlepas. Kali kedua dia hanya balas dengan senyuman dia terlepas lagi. Kali ketiga, orang dah mula makan, dia terlepas lagi sekali. Tapi kali ni dia berhadapan seorang diri, one on one orang kata dan Boy tak dapat nak lihat jalan keluar untuk melepaskan diri darinya kali ni.
Boy tahu pada peringkat umur dia sekarang, situasi macam ni memang biasa. Tapi bila dia situasi begitu jadi dekat dia dan ada ahli keluarga dia dekat dia, Boy sukar untuk membuat jawapan yang selamat. Tambah pula tengah open house rumah sepupu mak dia, semua ahli keluarga dekat situ, kecuaian dalam kata-kata pasti membawa padah. Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, salah jawapan teruk jadi jenaka.
"Ada ke tak?" sekali lagi dia ditanya.
Boy sedar dia tidak dapat lari lagi kali ini. Dalam masa lebih kurang 2 saat, semua jadi perlahan, nafas dia ditarik dalam-dalam, jawapan dia difikir masak-masak, emosi dia distabilkan sebaik mungkin, gugup dia dihilangkan tanpa kesan. Dia tahu, dia hanya ada satu peluang je untuk menentukan nasib dia selepas ni. Silap-silap waktu makan malam karang isu ni timbul balik kerana jawapan yang salah.
" Belum ada lagi..." balas Boy. Ringkas tapi selamat dari pandangan Boy.
"Kenapa tak ada lagi. Nanti dah kerja payah nak cari" suami sepupu mak Boy balas.
"Aish, saya ni muda lagi, cari duit ngan pengalaman dulu"
"Buat la, dah ke Sabah ke Sarawak nanti, kahwin orang sana baru tahu..."balas beliau berjenaka. Beliau ni bukan calang-calang orang, Tuan PPD Kuala Kangsar tahu, suami sepupu mak aku pulak tu. Mentang-mentanglah tahun akhir, dah nak posting tahun depan, isu ini la biasa dia dengar, sama dari kawan-kawan dia dari Twitter tak pun dengan corong telinga dia sendiri. Dah jadi masalah global dah benda ni.
Boy hanya dapat ketawa, menyahut jenaka yang diberikan kepadanya tadi. Boy cedok kuah satay dan dilimpahkannya ke atas 3 cucuk satay dia dah ambik tadi dan berlalu pergi. Dia makan satay tu dengan penuh semangat Aidilfitri. Boy lega, situasi tadi dia selamat, satay pun dia dapat baham. Mulut dilap dengan tisu pink bergumpal. Dia pandang sekeliling dengan penuh rasa kenyang.
Eh, ada orang perasan la situasi tadi! Boy terkejut dalam hati.
fuyooooo......nak cari calon sabah lettuuuwww hahha
ReplyDelete