Itu komen pertama ketika menghantar kertas cadangan tadi. Or at least apa yang pengkaji masih ingat tak mampu lupa.
Wajarkah? Tidaklah nipis, tidaklah cincai, tidaklah serabai. Belum dilihat, sudah berlipat.
Penat lelah, perit jerih keringat dikerah, itu kata-kata sambutan yang diperoleh. Belum diambil kira musibah yang menimpa. Dalam kes pengkaji, ketika dalam proses menyiapkan proses ni,dah siap dalam 85%, laptop rosak. Motherboard kong. Masa yang tinggal dua hari satu malam. Salinan pula tidak dibuat. Perasaan ketika itu Tuhan saja yang tau. Mujur data boleh recover,namun keadaan menekan, masa mendesak, tarikh mengejar. Alhamdulillah. Tapi ada nak ambil tahu? Tidak. Tak perlu tahu. Tak relevan dalam tinjauan.
”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.”
Seringkali dilihat seperti malas, tidak berkomitmen membuat kerja, namun pahit itu ditelan juga. Mereka yang memegang kuasa, mereka yang berhak menentukan segalanya, perintah perlu dituruti. Namun, pengkaji juga manusia, kenal erti penat, tahu apa yang penting. Budaya kerja sekolah berbeza-beza, kuantiti kelas ganti tak sama, takwim program tak serupa, beban kerja tak setara. Usah dibanding antara kami. Bukan berada dimaktab, semuanya setara, serupa, sama tidak berbeza. Tambahan pula, praktikum tiga kali, tidak pernah sekali mendapat pemerhati yang memberi notis awal.Nahtijahnya, persediaan perlu sentiasa dibuat. Tidak sempat menjenguk apa yang diperintah walau hati kuat ingin menuruti. Dimarahi sering menangguh kerja, tidak mencurah komitmen. Namun berdiri terpacak ditepi kereta tatkala tiba waktunya.
”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.”
Apa yang diminta tak banyak, empati. Rumah bukan dekat, trafik sentiasa berat, badan bukan selalu kuat, kerja sentiasa berat, sumber kajian tak sarat. Empati sahaja yang mampu menjadikan semua itu dekat, ringan dan kudrat. Cuma empati.
Ya,panjang menulis. Apa isunya? Refleksi panjang berjela. Tinjaun satu tak ada. Pengkaji hanya mahu berkongsi. Hanya mahu meluahkan. Wahai adik-adik,nimati masa yang ada. Hidup bukan sentiasa adil, hidup bukan seperti yang kita rancangkan, bukan seperti yang kita mahukan, bukan seperti yang kita bayangkan. Kita sentiasa pasti bahawa apa yang kita lalui paling buruk, paling teruk, paling berat untuk dipikul. Namun ingatlah, mungkin ada yang diluar sana mengalami yang lebih teruk. Pengkaji juga cuba sedaya upaya mengingati diri sendiri. Isu ini mungkin bukan sebesar isu PBS,tidak isu liwat, tidak sehebat isu bantuan, namun cebisan hidup kecil yang dikongsikan.
Moga terus diberi kekuatan.
”Letak kat sini. Saya nampak pun tahu dah gagal.” Hurm.....
#dramaking #over
No comments :
Post a Comment