cukup.
ini merupakan entri yang ke 100 aku. dalam dunia manusia 100 tahun boleh dianggap tua nak mampus dan murah rezeki. dalam dunia maya ini 100 sebenarnya masih muda jika dibandingkan dengan otai-otai yang sehari boleh memasukkan sehingga puluhan entri. namun prnahkah kita terfikir, adakah entri pertama dahulu akan wujud bila aku sudah tua? jika ya, aku telah menulis sejarah pada masa lalu dan masih menulisnya dengan mayanya.
100 juga membuatkan aku terus berfikir akan apa yang membuatkan aku terus menulis? populariti? duit yang masuk dari Nuffnang? atau kepuasan yang wujud selepas meluahkan apa yang terbuku? tiada siapa tahu.
100 terima kasih buat yang terus membaca.
muka macam Uncle Freddie Kureger tapi berumur 100 Tahun punya la.
No comments :
Post a Comment