April 29, 2011

Soal Warung Emas

ni kadang-kadang aku rase malas nak cuti. takda keje apa nak buat. ada keje pown takda mood nak buat kerana cuti. epik kan? namun petang tadi cuti aku yang bosan tadi telah dikejutkan dengan hanya dengan 1 ayat dari ibuku.betapa kuasanya kata-kata seorang ibu.

"girlfriend kamu orang mane?"

santapan mee bandung yang tetibe sangkut di tekak di legakan dengan teh ais. simpul senyuman yang penuh dengan kesinisan diberikan dari adik aku. bapa aku kelihatan menikmati mee bandung dan soalan tadi dengan gembira. "masih single and available lagi la mak" jawab aku. memang klasik jawapan aku. cukup untuk menghentikan spekulasi di warung ini.

aku syak soalan ini ditanya sebab Prince William kahwin dengna Kate hari ini and maybe mak aku nak wat wedding aku macam tu,,,, rupanya sepupu sulung aku akan bertunang akhir tahun ini. tahniah aku ucapkan. aku pulak yang ke-7. dan yang atas-atas dari aku sudah mempunyai kumbang dan bunga masing-masing. tambahan pula, ibu aku tau yang aku selalu keluar sorang-sorang hujung minggu dan syak aku keluar dating. oh no...~itu je ke sebabnye?

aku syak sepupu aku bagitau tadi. kalo tak kantoi aku dengan mak aku. jawapan pun tak boleh nak goreng sesedap rasa. memang aku dah ada. ada calon. cume aku tak tau la da jodoh ke tak.... bukan aku ni kasanova,playboy apatah lagi gigolo dan gay, tapi jodoh di tangan tuhan, tiada sapa yang tahu..lagipown aku pon tak pasti diorang ni orang mane.. tu aku tak jawab tu...

kalo aku kata aku penah keluar dengan diorang ni korang mesti tak percaya kan?
agak2 ada jodoh tak?





|sape tau diorang orang mane?|

7 comments :