February 2, 2011

[Control Chaos]

Malam semalam memang kacau bilau, sume dah tak tentu arah... bila keadaan terdesak ini la jadinya.. sampai ada student mencadangkan mengadakan demonstrasi jalanan kalau mereka tidak diselamatkan...  rundingan damai bukan lagi menjadi pilihan, memang bahaya, suasana yang mungkin tak pernah terjadi di Malaysia... bekalan makanan semakin berkurang menjadi punca utama..  yang menjadi saksi dan mangsa luahan rasa, Facebook...

|kurang sumber makanan|

adrenaline aku mencanak tahap tinggi bile ada saja notification setiap masa dari satu group.. sampai penuh screen aku naik ngan notification saja... x pernah jadi macam ni... CEO Facebook, Mark ada kol aku semalm... tanye apa dah jadi kat malaysia, samapi server kat Iceland Tenggara meletup akibat panas.. mane taknya, semua cerita pasal elaun je sejak seminggu yang lepas.. tapi semalam memang kemuncak, berpeluh aku nak baca semua, nak update maklumat, jari telunjuk sebalah tangan kanan aku lak hampir mengalami osteporosis... dasyat...mengikut analisa Mark, dalam masa 24 jam, group ni telah mengeluarkan 37 post dan lebih kurang 200 komen( ni benar tau.. aku kire!)

namun begitu, susana hari ini kembali tenang sejak beberapa jam yang lepas setelah kemasukan elaun mendapat pengesahan dari sumber yang agak-agak boleh dipercayai.. kalau hari ini tak masuk aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi dengan negara kita.. ekonomi konfirm menerima tamparan hebat... student2 macam kami ni la yang menjadi hampir 75% sumber keuntungan makanan2 segera mcm McD,Kfc piza dan sana-sini yang lain...

"sale raye cina tengah hot skrang ni!"






|semoga kawan-kawan aku yang berada di Mesir selamat kembali ke Malaysia, Amin|








1 comment :