satu persatu page aku baca dan renung. sampai satu tahap, dengki tetiba menjengah diriku kembali bersama kecewa. masakan tidak, blog kawan2 aku telah mendapat sambutan macam goreng pisang panas pada musim sejuk di Alaska. separuh dari diri aku mula memberontak, mahu berputus asa dengan pilihan pengguna. separuh diri aku pula gigih mempositifkan diri aku sekukuh yang mungkin.
sebelum ni pernah kawan aku berkata-kata menasihati aku, agar jangan mengejar sangat populariti tu. memang betol, aku pown pernah berfikir macam tu, tapi bile kawan aku tu dapat lebih, kepada siape die nak berlagak kalo bukan aku? dah la die kereta baru, banyak pulakpengikut, die mesti teringin press minyak depan kereta antik macam aku, bagi makan asap sikit.aku pown apa lagi, terbatuk kering la~
itu satu lagi faktor penarik kecewa dan dengki selalu melawat aku, pengguna sekarang suke akan kereta baru yang dimiliki kawan-kawan aku, mereka tak tengok kereta-kereta antik macam yang aku ada ni. tapi yang aku hairan ada 1 dalam banyak-banyak kereta baru tu, ada 1 yang bersepah, saiz pic tak guna berpembaris, background plak cukuplah setakat aku cakap tak ada art. tapi masih ramai pengguna. bukan aku nak memandang rendah, tapi aku nak jugak tahu apa yang market pengguna hari ini mahukan. aku mungkin tak up to date, mungkin pengguna sekrang mempunyai taste yang sofistikated. mungkin itu trend pengguna sekarang. aku tak boleh berkata apa, membisu dihujung kamar, menanti dunia kembali memberi ruang untuk aku.
bersempena dengan bermulanya kesibukan melampau aku yang akan tiba tidak lama lagi, malam ni aku dah memutuskan untuk bercuti sebentar dari dunia blogging ni. tidak pasti bila akan menyambung kembali. mungkin akan menyambung kembali, mungkin tidak, kita lihat-lihat lah rezeki masing-masing. lagi pun kawan blogging aku baru ni ada cakap, tak boleh update selalu, nilai pasaran jatuh. bukan menuding, cuma memetik kata-kata ek..
| sehingga berjumpa lagi |
+gambar fully handmake ni tau+
+jangan kata aku amik internet lagi+
+jangan kata aku amik internet lagi+
p/s: hormati keputusan aku ok? rest is need for a human body.
ok la blog hg ni..kalo nak banding ngan blog aku
ReplyDeletegua naik moto ja.
ReplyDeleteade button like tak???
ReplyDelete