November 28, 2011

Nyawaku Diatas Seutas Tali Besi

Aku tak tipu. aku sekeluarga telah meletakkan kepercayaan kami atas seutas tali besi yang manusia panggil kabel. kalau jatuh dalam sungai takpa. ini nak merentasi dua puncak bukit. tingginya tak terkira, angin kuat bukan kepalang, hanya doa yang mampu ditadahkan. pui Gunung Mat Cincang.

ya. aku baru balik langkawi. gunung mat cincang telah aku terokai. kali kedua aku disana, pemandangan tetap takjub membuat aku tak terkata. tambah pula dengan lensa di tangan, aku sibuk merakam ingatan menjadi kenangan.


ingatkan waktu naik angin kuat, bila nak turun dalam pukul 6.50 petang, angin lagi kuat. gondola memang bergoncang ke kiri dan ke kanan dalam sudut 20 macam tu... tak pernah aku rase secemas tu. nasib baik dah gelap... kalo nampak bawah mau terkucil aku dalam gondola tu.







"Ia mampu mencincang keyakinan dan keberanian seseorang~"

November 27, 2011

Kalah juga menang.

Malaysia kalah dengan Bahrain. Dari 2-0 leading, dalam masa 6 minit terus 3 gol meledak masuk ke dalam gawang gol malaysia. Bagi aku, Harimau Malaysia mungkin kalah perlawanan tadi, tapi mereka telah menang dengan semangat juang yang tinggi sejak awal permainan tadi. banyak yang menarik gak tadi. Nazmi jadi hero playmaker yang stylo, walaupun subs tapi banyak cubaan yang cantik. Alhamdulillah....

2 gol tanpa penyerang utama? tak payah nak bising la Bahrain woi!


selamanya~~Harimau Malaysia~~





"cis, menyesal aku kutuk indon dalam entri yang lepas"


November 22, 2011

Kisah Epik Harimau dan Garuda.

Ini bukan kisah teladan. kisah teladan dalam buku cerita kanak-kanak. Ini cerita benar.

Malam tu penuh dugaan. Harimau telah tercedera dahulu di awal pertarungan. Namun tidak terlintas di kepala mereka yang mereka akan mengalah. Harimau terus bertarung dengan taring dan cakar yang ada menentang si garuda merah. cakar demi cakar, sambar demi sambar akhirnya harimau berjaya mencakar garuda.

Harapan kembali cerah. semangat semakin membara. namun harimau dan sama-sama kuat. sama-sama ganas. hanya semangat yang kental akan kekal hidup di medan pertempuran dan mengisytiharkan kemenangan. setelah bertarung 120 minit, kedua-dua harimau dan garuda masih berdiri gagah. akhirnya setelah kedua-dua tidak mengalah, pertarungan dibawa sesi face-to-face.

Pertarungan ini cukup epic. ada cakaran harimau  yang berjaya ditepis si garuda dan ada sambaran garuda berjaya mencederakan sang harimau. namun, akhirnya sang garuda tumpas di taring sang harimau. apa yang lebih memilukan,si garuda tewas di tanah sendiri. si garuda terduduk bertongkatkan paruh, sang harumau melompat ke langit tinggi.Harimau telah melompat tinggi membaham si garuda.

sekian cerita epik yang tak berapa epik ini.

Tahniah Harimau Malaya.

"Harimau telah melompat tinggi membaham si garuda.auummmm!"
-ikhsan dari google-








"Tahniah buat Malaysia yang berjaya menundukkan Indonesia! 
Harimau masih Raja Rimba! Aummm!~"

November 21, 2011

Harimau vs Garuda. Why so serious?

Lagu Black and Yellow nyanyia asal Wiz Khalifa semakin kerap aku dengar dari radio. tambah-tambah final bola hari ni. dalam dunia sekarang, bola sepak ni sukan paling penting. melibatkan maruah. melibatkan bola pusaka macam dalam filem Libas.pui!

tambah-tambah bila finalnya Indonesia vs Malaysia. peh. cukup sensitif.  sampai terpaksa naik baracudda. tu game dalam kumpulan, belum final ni. entah2 esok naik kete kebal sorang satu sebab coach kita tadi dah cakap dalam TV3 taknak naik baracuda dah. peh bawak balik pingat emas naik tanker, macho kowt~

sejajar dengan itu, muncul juga dengan pelbagai group, gambar, mesej komen dan bla3 yang sangat tidak senonoh dan yang paling tak boleh blah berita kat yahoo news yang bertajuk "INDONESIA BEATS MALAYSIA IN SEA GAMES FOOTBALL FINAL". wth? belum lawan dah menang? n that is what i called a desperate moves~


nama cencored.bukan lucah. dia kawan aku.

seriously, why so serious?

kalah menang adat permainan. memang la akan ada yang membenci kepada kemenangan lawan. tak salah pasal itu. tapi tak perlu la sampai nak melibatkan hal-hal lain. malaysia tiru budaya indonesia la, indonesian datang malaysia jadi pengemis  n bla3....

seriously, perlu ke?

kalo yang kalah tu marah its normal. tapi kita rakyat malaysia yang menang ni tak perlu la burukkan nama malaysia dengan membalas komen yang sangat tidak macho dan sangat tak matured. kita just perlu senyum sinis ramai2 cukup. baru nampak champion walaupu kalau jika kita kalah esok. tak perlu nak bawak tanker dan nai barracuda sume.

seriously, tak ke bodoh namenye berperang bergaduh bagai sebab bola sepak?

kepada indonesians yang baca blog aku.(mamat ni bajet ada plak yang readers international baca blog die..pui!) seriously, jangan karena sports lue maluin negara lue, dan bergaduh sama malaysia. its just a sport. dont be so fanatic, loonatic and frantic. tengok video bawah ni. enggak malukah?













"Seriously, why so serious?"



November 20, 2011

Nombor ajaib 911119~

911119-sembilan belas november sembilan belas sembilan puluh satu. entah berapa ramai meleis yang ada nombor depan ic sama macam aku. setakat 20 tahun yang aku hidup baru sekali aku jumpa nombor ic yang sama. mamat tu tiru aku la tu. kepada 911119-ers diluar sana, selamat hari jadi jugak! bangga la korang tiru aku tapi aku tak kisah

Hari ini genap umur aku 20 tahun. Alhamdulillah. Lumrah hidup zaman canggih, semua orang ucap melalui facebook termasuk adik aku. ada 2 orang yang ucap melalui handphone. oldskool betol. tapi aku lebih suka cara oldskool tambah orang yang hantar tu ....... tapi semua aku hargai semua yang ucapkan kepada aku..terima kasih Mark Zuckerberg sebab ingatkan mereka.

dari 60+...terima kasih beb~

sejak aku ada sijil lahir, tak pernah sekali pown aku sambut birthday dengan kawan. sebab tarikh ni biasanya sekolah dah cuti. paling maksima pown dah 5 hari cuti. tak sempat nak sambut dengan kawan. pernah sekali tu dan sekali tu je, aku sambut birthday aku 3 hari lebih awal. sebab nak sangat sambut dengan kawan. waktu tu darjah 5 kalau tak silap. bukan ada jamuan makan kek ape, cuma bagi sumi dengan coklat bola je waktu tu, . bukan macam sekarang, Ferrero Rocher...~

bila dikenangkan balik sepanjang 20 kali aku bertemu dengan tarikh ni... ada 1 yang aku tak dapat lupakan... 19.11.2010- aku beli motor baru dan eksiden pada hari yang sama dengan motor yang sama balik dari kedai tempat moto ni dibeli. epic sungguh~








"Limit gelaran ramaja sampai 21 tahun. Aku muda lagi la!"