December 19, 2011

Cinta Sampai Ke Jannah

Mula-mula aku tengok ada la dalam 3 orang orang share video ni. aku buat tak tau. tapi hari ni. dah dekat 30 orang share. aku muak. aku curious. aku tekan. aku tengok. aku terfikir.

entah nape aku tak boleh embed  video tu kat sini tapi klik SINI kalo nak tengok.

The Conflict 

 The Guy's Proposed

The Girl is Touched

The Acceptance

aku memang terharu. aku jarang terharu woi. perempuan yang dikenali sebagai Dena ni juz 19 and die dah bertunang atas keberkatan Allah. sebagai remaja yang hidup dalam zaman serba moden ni, memang aku tak boleh nafikan yang memang persepsi manusia akan kata pelik dan abnormal jika kita tak bercinta, berkapel, berkenalan sebelum kawin. 

dulu aku yakin ramai fikir kawin yang ditentukan keluarga kolot. dulu aku tak pernah fikir untuk mencari cinta yang mampu dibawa ke syurga.  apatah lagi orang yang kita kahwini tu tak kenal dan berada pada usia muda. mungkin ini pengaruh filem. pengaruh sekeliling. bukan mudah untuk memilih teman hidup pada usia 19. pada usia macam ni ramai yang fikir nak study, bercinta, enjoy hidup dulu... tapi dia dah memilih teman hidup.

tapi perempuan ni telah mengubah persepsi aku. mungkin bukan aku sahaja. sesiapa sahaja yang tengok video dia. mungkin selepas ini ramai yang mahukan ibu mereka untuk menetapkan jodoh. tapi tak bermaksud tak boleh memilih. dan ada 1 ayat yang betul-betul aku suka.

(^^)


"Semoga berbahagia! kome berdua"







p/s: baru ingat nak proposed macam ni. dah ada yang buat. hancur plan aku.... chewahhh~LOL.

December 15, 2011

Lumrah Lelaki dan Perempuan


=='



baru ni aku ada sembang dengan sorang kawan aku yang bernama Bront Palarae(bukan nama sebenar) yang telah mengalami situasi diatas...die tanya aku. aku sendiri pun tak faham kenapa. kenapa dua-dua perlu jadi begitu bangang nak gadoh atas benda kecik...ni masih kapel, belum kawin lagi...

bagi aku la,,, sebagai laki atau sebagai seorang perempuan kita harus menerima yang memang lumrah manusia  suka akan keindahan dan kecantikan dan manusia cemburu dengan jika mereka terasa terancam. seorang Hawa lebih sensetif. 

oleh itu, aku ingin berpesan kepada diri sendiri dengan kapel-kapel diluar sana. jangan jadi bangang kalau nak kapel.tak perlu la nak drama-drama murah. kalau dah suka artis tu bukan boleh buat kawin pun. tak payah gaduh. rasional sikit!




December 9, 2011

Cikgu Shida mengalahkan Anwar Ibrahim?

Pagi ini ada orang share link pasal Google Malaysia Top Search 2011. List ini telah disiarkan dalam The Sun Daily. Kira list ni untuk hotstuff-hotstuff dalam tahun 2011 la... tapi dalam gua duk belek-belek, nampak 1 peristiwa yang ajaib lagi menakjubkan..



#TROLlOL


cikgu shida top5 kowt!!!! kalah Anwar Ibrahim yang tiptop dalam dunia politik. Najwa Latiff yang masuk final Muzik Muzik pon tak masuk dalam list. macam Walaupun aku tak minat sangat politik-politik ni, tapi gua syak ini mungkin senjata rahsia BN bagi PRU yang akan datang. Amacam Datuk Seri? #TROLLOL~


















p/: ni gurauan semata-mata, kalau fanatik sangat jangan marah tahap dewa kat gua. salahkan Google. :P

December 7, 2011

Silap Botak.

aku dah mula hilang idea dan minat nak tulis entry sejak kebelakangan ni. mungkin dapat new toys kowt. jarang meluangkan masa dengan internet. baru je balik dari cameron highlands. lawat adik ipar nenek aku kat sana. bunyi lawak, tapi betoi.

badan agak letih, and idea kering. aku tengok movie yang aku sempat collect dari bakal guru sebaya aku. Fast Furious 5. gambar BDdrip punya.  felling  punye makan strawberi sejuk sorang-sorang dalam bilik. tetibe dapat idea bodoh bangang aku muncul. Fuuubook!

Fuubook#2: Silap Botak
#ManlyNotSoCreative





December 3, 2011

1st Komik FUUUBOOK aku!

Entah macam mane aku boleh terjebak dengan daya kegilaan imaginasi manusia dalam internet...Fuubook... tempat manusia yang berdaya imaginasi ala-ala dR Rozmey yang power tahap dewa. sume artwork yang dihasilkan memang rare. sedar tak sedar aku dah 2 jam duk baca tak henti dari tadi. keinginan nak buat mula timbul. motivasi luaran lalu menjadi peniruan. nah ko!

-tq 4 reading!-